
Lihat aktiviti rangkaian
Lihat aktiviti rangkaian dalam tetingkap Monitor Aktiviti atau dalam Dock.
Buka Monitor Aktiviti untuk saya
Lihat aktiviti rangkaian dalam tetingkap Monitor Aktiviti
Klik Rangkaian dalam tetingkap Monitor Aktiviti (atau gunakan Touch Bar) untuk melihat yang berikut di bahagian bawah tetingkap Monitor Aktiviti:
Paket masuk, Paket keluar: Jumlah bilangan paket yang diterima dan dihantar.
Paket masuk/saat, Paket keluar/saat: Kelajuan maklumat yang dipindahkan (dalam paket sesaat).
Data diterima, Data dihantar: Jumlah kadar maklumat yang dipindahkan (dalam megabait).
Data diterima/saat, Data dihantar/saat: Kadar maklumat yang dipindahkan mengikut masa (dalam bait sesaat), juga dipanggil pemprosesan. Nombor ini juga dipaparkan dalam graf.
Untuk membuat lebih lajur kelihatan, pilih Lihat > Lajur.
Lihat aktiviti rangkaian dalam Dock
Pilih Paparan > Ikon Dock > Tunjukkan Penggunaan Rangkaian.
Pilih jenis aktiviti yang dipaparkan
Dalam tetingkap Monitor Aktiviti, anda boleh menukar jenis data yang dipaparkan dalam graf aktiviti rangkaian. Jenis data yang anda pilih dipaparkan dalam tetingkap Monitor Aktiviti dan dalam ikon Monitor Aktiviti dalam Dock.
Klik Rangkaian dalam tetingkap Monitor Aktiviti (atau gunakan Touch Bar).
Klik menu timbul di atas graf, kemudian pilih Paket atau Data.