Periksa jika Mac anda memerlukan lebih RAM dalam Monitor Aktiviti
Anak tetingkap Memori memaparkan jumlah memori yang digunakan oleh Mac anda dan berapa kerap ia saling bertukar memori antara RAM dan cakera permulaan anda, serta jumlah memori disediakan untuk app dan jumlah memori yang dimampatkan.
Apabila anda mempunyai memori yang kosong atau tidak digunakan, tidak semestinya prestasi komputer anda meningkat. macOS memperolehi prestasi terbaik dengan mengurus dan menggunakan kesemua memori komputer anda secara efisien.
Buka Monitor Aktiviti untuk saya
Dalam app Monitor Aktiviti pada Mac anda, klik Memori (atau gunakan Touch Bar).
Graf Tekanan Memori menunjukkan jika komputer menggunakan memori dengan efisien.
Tekanan memori hijau: Komputer anda menggunakan semua RAM dengan efisien.
Tekanan memori kuning: Lama-kelamaan, komputer anda mungkin memerlukan lebih RAM.
Tekanan memori merah: Komputer anda perlukan lebih RAM.
Jika tekanan memori ialah kuning, merah atau mempunyai pancang, semak untuk melihat jika app menggunakan memori dan menyebabkan tekanan memori bertambah. Jika anda tidak perlu menggunakan app, anda patut menutup app.
Tekanan memori komputer anda diukur secara tepat dengan memeriksa jumlah memori kosong yang tersedia, kadar tukar dan jumlah memori berwayar dan fail dicache untuk menentukan jika komputer anda menggunakan RAM dengan efisien.
Untuk mengetahui cara menambahkan lebih banyak RAM pada Mac anda, lakukan satu daripada berikut, bergantung pada model Mac anda:
Pilih menu Apple > Perihal Mac Ini, klik Memori, kemudian klik Arahan Naik Taraf Memori.
Pilih menu Apple > Perihal Mac Ini, klik Sokongan, kemudian klik Sokongan Perkakasan.
Nota: Pilihan ini hanya tersedia pada komputer Mac dengan RAM boleh dinaik taraf.