Lihat penggunaan tenaga dalam Monitor Aktiviti pada Mac
Gunakan anak tetingkap Tenaga dari tetingkap Monitor Aktiviti untuk melihat penggunaan tenaga Mac anda. Anda boleh memantau penggunaan keseluruhan tenaga dan melihat butiran tentang penggunaan tenaga bagi setiap app.
Buka Monitor Aktiviti untuk saya
Dalam app Monitor Aktiviti pada Mac anda, klik Tenaga.
Untuk memaparkan lebih lajur, pilih Paparan > Lajur, kemudian pilih lajur yang anda mahu tunjukkan.
Penggunaan tenaga dari app individu dan prosesnya dipaparkan di bahagian atas tetingkap Monitor Aktiviti.
Kesan Tenaga: Ukuran relatif bagi penggunaan tenaga semasa untuk app (lebih rendah lebih baik).
12 jam Kuasa: Purata kesan tenaga app dalam 12 jam lalu, atau sejak komputer Mac dimulakan (lebih rendah lebih baik). Lajur ini hanya kelihatan pada komputer riba Mac.
App Nap: Sama ada App Nap aktif untuk app ini.
Kad Grafik: Sama ada app memerlukan kad grafik berprestasi tinggi. Lajur ini hanya muncul pada komputer Mac dengan satu atau lebih kad grafik.
Menghalang Tidur: Sama ada app ini mencegah Mac anda daripada tidur.
Pengguna: Nama pengguna yang menjalankan proses.
Bahagian bawah tetingkap menunjukkan maklumat tentang penggunaan tenaga anda secara keseluruhan. Jika anda mempunyai komputer riba Mac, anda akan melihat maklumat tambahan yang berkaitan dengan bateri komputer.
Komputer Mac dengan satu atau lebih kad grafik
Kad Grafik (Berbilang kad grafik): Jenis kad grafik yang digunakan, jika terdapat berbilang kad grafik dipasang. Kad berprestasi lebih tinggi memerlukan lebih tenaga.
komputer riba Mac
Baki Cas: Peratusan baki caj bateri.
Masa sehingga penuh (dipasang masuk): Jumlah masa Mac anda mesti dipasang masuk ke dalam salur keluar kuasa AC sehingga bateri dicas sepenuhnya.
Masa pada AC (dipasang masuk): Masa yang terpakai dari masa Mac anda telah dipasang masuk ke dalam salur keluar AC.
Baki masa (dicabut): Jumlah yang dianggarkan bagi baki masa bateri. Jika bateri anda dicas penuh, medan ini menyatakan Bateri Telah Dicaskan.
Masa pada bateri (dicabut): Jumlah masa yang terpakai dari masa Mac anda telah dipasang masuk ke dalam salur keluar AC.
Bateri (12 jam lalu): Aras cas bateri dalam tempoh 12 jam lalu.