Mainkan audio menerusi berbilang peranti pada masa yang sama dalam Persediaan MIDI Audio pada Mac
Jika anda menggunakan lebih daripada satu peranti audio untuk mencipta peranti berbilang output, anda boleh memainkan audio melalui beberapa peranti pada satu masa. Sebagai contoh, apabila anda menambah dua peranti ke peranti berbilang output, audio dihantar ke peranti utama juga akan dimainkan melalui mana-mana peranti lain dalam tindanan.
Buka Persediaan MIDI Audio untuk saya
Dalam app Persediaan MIDI Audio pada Mac anda, klik butang Tambah di bahagian bawah bar sisi dalam tetingkap Peranti Audio, kemudian pilih Cipta Peranti Berbilang Output.
Peranti berbilang output baru muncul dalam bar sisi. Untuk menamakan semula peranti, kliknya, kemudian masukkan nama baru.
Pilih peranti berbilang output baru, kemudian pada sebelah kanan tetingkap Peranti Audio, pilih Guna kotak semak bagi setiap peranti yang anda mahu gunakan dalam peranti berbilang output.
Untuk mengesetkan peranti utama bagi peranti berbilang output, klik menu timbul Peranti Utama, kemudian pilih peranti output.
Untuk mengeluarkan peranti berbilang output, pilih ia pada sebelah kanan tetingkap Peranti Audio, kemudian klik butang Keluarkan .