Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Lihat nilai pemboleh ubah dalam Automator pada Mac
Jika anda menyahpepijat aliran kerja yang menggunakan pemboleh ubah, gunakan log Pemboleh Ubah untuk melihat nilai disimpan oleh pemboleh ubah semasa menjalankan aliran kerja.
Pilih Paparan > Pemboleh Ubah.
Log Pemboleh Ubah dipaparkan dalam bahagian Log.
Klik Jalankan.
Apabila aliran kerja anda berjalan, nilai pemboleh ubah dipaparkan dalam log.
Untuk menjalankan aliran kerja anda satu langkah pada satu masa bagi melihat titik di mana pemboleh ubah berubah, pilih Aliran Kerja > Langkah.