Beli-belah di Kedai Buku dalam Buku pada Mac
Apabila anda membeli-belah di Kedai Buku dalam app Buku, anda boleh cari buku, beli atau pra-tempah buku, simpan buku untuk kemudian, atau beri buku sebagai hadiah.
Nota: Anda mesti daftar masuk ke Kedai Buku untuk mendapatkan buku. Kedai Buku mungkin tidak tersedia di semua rantau.
Cari buku
Dalam app Buku pada Mac anda, klik Kedai Buku dalam bar alat (atau pilih Kedai > Laman Utama Kedai).
Mulakan menaip dalam medan carian untuk melihat cadangan. Anda boleh cari mengikut tajuk, pengarang, genre atau penerbit.
Minta Siri. Cakap sesuatu seperti: “Cari buku oleh Apple Inc” atau “Cari buku tentang iPhone”.
Beli, muat turun, pra-tempah, atau simpan buku
Dalam app Buku pada Mac anda, klik Kedai Buku dalam bar alat (atau pilih Kedai > Laman Utama Kedai).
Cari atau pilih buku.
Klik harga buku, Beli Buku, Dapatkan, atau Pra-Tempah (atau gunakan Touch ID).
Anda boleh cuba buku dan membaca beberapa halaman dengan mengklik Dapatkan Sampel (jika tersedia). Atau simpan buku untuk kemudian—klik anak panah bersebelahan harga atau Beli Buku, kemudian pilih Tambah ke Senarai Keinginan.
Berikan buku sebagai hadiah
Dalam app Buku pada Mac anda, klik Kedai Buku dalam bar alat (atau pilih Kedai > Laman Utama Kedai).
Cari atau pilih buku.
Klik anak panah di sebelah Beli Buku, kemudian pilih Hadiahkan Buku Ini (atau gunakan Touch ID).
E-mel yang mengumumkan hadiah dihantar serta-merta kepada penerima. Untuk menjadualkan hadiah untuk tiba kemudian, pilih Tarikh Lain, kemudian setkan tarikh penghantaran.
Nota: Jika anda mempunyai persediaan Perkongsian Keluarga dan Minta untuk Beli disetkan untuk akaun anda, apabila anda klik untuk mendapatkan buku, pengatur Perkongsian Keluarga ditanya untuk meluluskan pembelian itu.