
Tukar profil warna peranti menggunakan Utiliti ColorSync pada Mac
Anda boleh menggunakan Utiliti ColorSync untuk menukar profil warna peranti.
Buka Utiliti ColorSync untuk saya
Dalam app Utiliti ColorSync
pada Mac anda, klik Peranti dalam bar alat tetingkap Utiliti ColorSync.
Klik anak panah
di sebelah kumpulan peranti, kemudian pilih peranti.
Profil lalai peranti (atau kilang) dan profil semasanya dipaparkan.
Klik menu timbul Profil Semasa, pilih Lain, kemudian cari dan pilih profil baharu.
Untuk melihat butiran tambahan tentang profil peranti, klik Buka. Anda boleh memilih item dalam tetingkap baharu untuk maklumat dipaparkan atau diubah suai, seperti nilai warna individu.
Anda juga boleh menukar profil peranti menggunakan app yang anda gunakan dengan peranti. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan seting Paparan untuk memilih profil bagi paparan anda.
Pastikan untuk melawat tapak web pengeluar bagi mendapatkan perisian terkini untuk peranti anda.