Tukar keutamaan Umum dalam Kenalan pada Mac
Gunakan keutamaan Umum dalam Kenalan untuk memilih bagaimana nama dan alamat ditunjukkan pada kad kenalan.
Untuk menukar keutamaan dalam app Kenalan pada Mac anda, pilih Kenalan > Keutamaan, kemudian klik Umum.
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Tunjukkan Nama Pertama | Paparkan nama pertama kenalan sebelum atau selepas nama keluarga mereka. Seting ini menentukan susunan nama dalam templat kad dalam keutamaan Templat Kenalan. |
Isih Ikut | Isih kenalan dengan nama pertama atau nama keluarga. |
Format Nama Pendek | Pilih cara nama kenalan muncul —contohnya, nama pertama sahaja atau nama penuh—dalam app seperti Mail. |
Utamakan nama gelaran | Tunjukkan nama panggilan untuk kenalan, jika nama panggilan tersedia dalam medan nama panggilan dalam kad kenalan. |
Tunjukkan Cadangan Siri | Tunjukkan kenalan dicadangkan yang ditemui dalam app lain seperti Mail. |
Format Alamat | Pilih format alamat negara atau rantau untuk digunakan bagi memaparkan alamat jalan. |
Akaun Lalai | Jika anda menggunakan berbilang akaun dalam Kenalan, pilih akaun yang anda mahu tambahkan kenalan baru secara lalai. |