Selaraskan kandungan antara peranti Windows dan iPhone, iPad atau iPod touch anda melalui Wi-Fi
Anda boleh menyelaraskan peranti Windows dan peranti Apple anda apabila ia disambungkan ke rangkaian Wi-Fi yang sama. Apabila peranti Apple anda disambungkan ke peranti Windows anda melalui Wi-Fi, anda boleh memilihnya dalam bar sisi app Peranti Apple dan menyelaraskannya. (Anda juga boleh mengaktifkan penyelarasan automatik.) Peranti Apple anda mesti mempunyai iOS 5 atau lebih baharu.
Lihat Pengenalan kepada menyelaraskan peranti Windows dan peranti Apple anda.
Sambungkan peranti Apple anda ke peranti Windows anda menggunakan kabel USB atau USB-C. (Anda juga mungkin perlu mengetik Percaya pada peranti Apple anda.)
Pergi ke app Peranti Apple pada peranti Windows anda.
Pilih peranti Apple anda dalam bar sisi.
Jika anda menyambungkan peranti Apple anda ke peranti Windows anda menggunakan kabel USB atau USB-C dan tidak melihat peranti Apple dalam bar sisi, lihat Jika iPhone, iPad atau iPod anda tidak kelihatan dalam bar sisi.
Pilih Umum dalam bar sisi.
Pilih kotak semak “Tunjukkan [peranti] ini apabila menggunakan Wi-Fi”.
Gunakan pilihan dalam bar sisi untuk melihat dan memilih seting penyelarasan.
Pilih Gunakan.