Dayakan pengesahan ikatan LDAP untuk pengguna dalam Utiliti Direktori pada Mac
Anda boleh mendayakan penggunaan pengesahan ikatan LDAP untuk akaun pengguna yang disimpan dalam domain direktori LDAP. Apabila anda menggunakan teknik pengesahan kata laluan ini, anda bergantung pada pelayan LDAP yang mengandungi akaun pengguna untuk mengesahkan kata laluan pengguna.
Penting: Jika nama komputer anda mengandungi tanda sempang, anda mungkin tidak boleh mengikat data ke domain direktori seperti LDAP atau Active Directory. Untuk membentuk ikatan, guna nama komputer yang tidak mengandungi tanda sempang.
Pastikan Mac yang perlu untuk mengesahkan akaun pengguna mempunyai sambungan ke direktori LDAP di mana akaun pengguna berada dan bahawa dasar carian komputer termasuk sambungan direktori LDAP.
Untuk mendapatkan maklumat tentang konfigurasi sambungan pelayan LDAP dan dasar carian, lihat Konfigurasi akses direktori LDAP.
Jika anda konfigurasi sambungan LDAP yang tidak memetakan kata laluan dan atribut kuasa pengesahan, pengesahan ikatan berlaku secara automatik. Lihat Konfigurasi Carian & Pemetaan LDAP.
Jika anda konfigurasi sambungan untuk membenarkan kata laluan teks jelas, juga konfigurasi untuk menggunakan SSL untuk melindungi kata laluan teks jelas semasa ia dalam transit.