Nyahikat daripada pelayan dalam Utiliti Direktori pada Mac
Jika sesebuah komputer sedang menggunakan penyambung Active Directory bagi Utiliti Direktori untuk diikat dengan pelayan Active Directory, anda boleh membuka ikatan komputer daripada pelayan Active Directory.
Anda boleh membuka ikatan secara paksa jika komputer tidak dapat menghubungi pelayan atau jika rekod komputer dikeluarkan daripada pelayan.
Buka Utiliti Direktori untuk saya
Dalam app Utiliti Direktori pada Mac anda, klik Perkhidmatan.
Klik ikon kunci.
Masukkan nama dan kata laluan pengguna pentadbir, kemudian klik Ubah Suai Konfigurasi (atau gunakan Touch ID).
Pilih Active Directory, kemudian klik butang Edit (kelihatan seperti pensel).
Klik Buka Ikatan, sahkan sebagai pengguna yang mempunyai hak untuk menamatkan sambungan kepada domain Active Directory, kemudian klik OK.
Jika anda melihat makluman yang mengatakan kelayakan tidak diterima atau komputer tidak dapat menghubungi Active Directory, klik Paksa Buka Ikatan untuk memutuskan sambungan secara paksa.
Jika anda memutuskan ikatan secara paksa, Active Directory masih mengandungi rekod komputer untuk komputer ini. Biarkan pentadbir Active Directory tahu untuk mengeluarkan rekod komputer.