Kembalikan panggilan FaceTime terbaru atau tidak dijawab pada Mac
Anda boleh mengembalikan panggilan FaceTime terbaru (termasuk panggilan tidak dijawab anda) daripada app FaceTime, Pusat Pemberitahuan, Peringatan, atau Dock.
Untuk mendapatkan maklumat tentang keperluan sistem untuk menggunakan FaceTime, lihat Keperluan FaceTime.
Pada Mac anda, lakukan satu daripada berikut:
Kembalikan panggilan daripada FaceTime: Klik Semua atau Tak Dijawab dalam tetingkap FaceTime untuk melihat senarai panggilan FaceTime terbaru yang anda buat, terima, atau tolak. Kemudian klik butang Video atau butang Audio bersebelahan panggilan (atau gunakan Touch Bar).
Petua: Panggilan FaceTime Kumpulan kekal aktif sehingga semua peserta meninggalkan panggilan. Untuk menyertai semula panggilan kumpulan yang anda tinggalkan, hanya klik butang Sertai Video .
Kembalikan panggilan tidak dijawab daripada Pusat Pemberitahuan: Klik ikon Pusat Pemberitahuan di bar menu, klik Pemberitahuan, kemudian klik satu panggilan dalam senarai panggilan tidak dijawab. Lihat Terima, jeda, atau hentikan pemberitahuan.
Kembalikan panggilan daripada peringatan: Klik pautan dalam peringatan FaceTime.
Kembalikan panggilan daripada Dock: Control-klik ikon FaceTime, kemudian klik satu panggilan di bawah Panggilan Terbaru.
Jika anda tidak melihat ikon FaceTime dalam Dock, anda boleh menambahnya.
Anda tidak boleh memanggil seseorang yang dihadkan oleh had komunikasi dalam Masa Skrin.