Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Kuncikan item pada papan Freeform pada Mac
Selepas anda menambah item ke papan Freeform, anda boleh menguncinya supaya anda tidak mengalihkan, mengubah suai atau memadamkannya secara tidak sengaja. Sebagai contoh, anda boleh mengunci satu atau lebih kotak teks untuk berfungsi sebagai tajuk. (Ini boleh membantu membezakan kawasan pada papan yang peserta boleh kongsikan item.)
Pergi ke app Freeform pada Mac anda.
Buka papan atau cipta papan baharu.
Pilih item, kemudian pilih Susun > Kunci.
Untuk membuka kunci item, pilih item, kemudian klik .