Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Mainkan Instrumen Sentuh dalam Live Loops dalam GarageBand untuk iPad
Anda boleh memilih Instrumen Sentuh untuk baris kosong dalam grid. Sebarang sel yang anda rakam akan menggunakan Instrumen Sentuh untuk baris tersebut. Jika anda memilih Instrumen Sentuh Perakam Audio atau Amp, anda juga boleh menambah gelung ke sel kosong dalam grid.
Jika anda memilih Drummer sebagai Instrumen Sentuh untuk baris kosong, rantau Drummer kuning ditambahkan pada sel pertama dalam baris, menggunakan seting Drummer semasa.
Pilih Instrumen Sentuh untuk baris grid kosong
Untuk mencipta baris kosong baharu di bahagian bawah grid, ketik butang Tambah Baris di bawah pengepala trek.
Ketik sel dalam baris kosong, kemudian ketik Instrumen.
Pelayar Bunyi terbuka.
Ketik Instrumen Sentuh yang anda mahu gunakan.
Untuk kembali ke grid Live Loops, ketik butang Live Loops dalam bar kawalan.