Gunakan kawalan trek dalam GarageBand untuk iPhone
Setiap Instrumen Sentuh mempunyai satu set kawalan trek yang membolehkan anda melaraskan paras kelantangannya, menyorot kedudukan (stereo) dan paras kesan. Anda juga dapat mengaktifkan instrumen secara solo untuk mendengar bunyinya, mengkuantumkan atau transposisi rakaman pada trek instrumen dan menukar kesan induk. Anda boleh menyimpan seting kawalan trek dan menggunakannya pada trek atau dalam projek lain. Kawalan trek Instrumen Sentuh tersedia semasa memainkan instrumen dan juga apabila trek dipilih dalam paparan Trek.
Buka kawalan trek
Ketik butang Kawalan Trek dalam bar kawalan.
Pada iPhone SE, ketik butang Seting dalam bar kawalan, kemudian ketik Kawalan Trek.
Senyapkan atau jadikan trek solo
Senyapkan atau nyahsenyapkan trek: Ketik butang Senyap .
Jadikan trek solo atau nyahsolo: Ketik butang Solo .
Laraskan kelantangan trek dan kedudukan sorotan
Lakukan salah satu yang berikut:
Seret gelangsar Kelantangan Trek ke kiri atau kanan.
Seret gelangsar Sorot Trek ke kiri atau kanan.
Anda juga boleh mengautomasikan perubahan kelantangan trek. Apabila menggunakan automasi kelantangan, gelangsar Kelantangan Trek tidak boleh dilaraskan.
Laraskan pemampatan trek
Pemampat melancarkan perbezaan antara bahagian paling kuat dan paling lembut trek dan boleh membantu menyerlahkan trek atau berbunyi lebih "menonjol".
Seret gelangsar Compressor ke kiri atau kanan.
Laraskan paras trebel dan bes trek
Lakukan salah satu yang berikut:
Seret gelangsar Trebel ke kiri atau kanan.
Seret gelangsar Bes ke kiri atau kanan.
Kuantumkan rantau dalam trek
Anda dapat membetulkan masa rakaman dalam trek kepada nilai not tertentu (dipanggil pengkuantuman). Selepas anda mengaktifkan pengkuantuman untuk trek, setiap rakaman atau gelung baharu yang anda tambah pada trek turut dikuantumkan.
Ketik Seting Trek, kemudian ketik Pengkuantuman
Nilai pengkuantuman muncul dalam tiga kategori: Lurus, Triplet dan Ayunan.
Ketik salah satu kategori, kemudian pilih nilai not yang anda mahu kuantumkan rantau.
Pengkuantuman digunakan pada semua rantau trek dalam pilihan lagu semasa, tetapi anda boleh memilih nilai pengkuantuman berlainan untuk trek yang sama bagi bahagian lagu berlainan. Jika anda memindahkan atau menyalin rantau ke bahagian berlainan dengan nilai pengkuantuman yang berlainan, nilai akan muncul sebagai Berbilang. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bahagian dan pengkuantuman lagu, lihat Tambah bahagian lagu dalam GarageBand untuk iPhone.
Tranposisi rantau pada trek
Anda boleh menukar pic (atau transposisi) rakaman atau gelung dalam trek ke atas atau ke bawah per semiton atau oktaf. Selepas anda mengaktifkan tranposisi bagi trek, sebarang rakaman baharu atau gelung yang anda tambah pada trek turut ditransposisi.
Rantau yang dirakam dengan Gitar, Bes, atau instrumen Tali tidak boleh ditransposisikan.
Ketik Seting Trek, kemudian ketik Transposisi.
Untuk mentransposisi mengikut oktaf, ketik anak panah ke atas atau ke bawah Oktaf, atau leret menegak untuk mentransposisi mengikut berbilang oktaf.
Untuk mentransposisi mengikut semiton, ketik anak panah ke atas atau ke bawah Semiton, atau leret menegak untuk mentransposisi mengikut berbilang semiton.
Transposisi digunakan pada semua rantau trek untuk pilihan lagu semasa, tetapi anda boleh memilih nilai transposisi berlainan untuk trek yang sama bagi bahagian lagu berlainan. Jika anda memindahkan atau menyalin rantau ke bahagian berlainan dengan nilai transposisi yang berlainan, nilai akan muncul sebagai Berbilang. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bahagian dan transposisi lagu, lihat Tambah bahagian lagu dalam GarageBand untuk iPhone.
Cantumkan rakaman dalam trek
Anda boleh mencantumkan rakaman yang dibuat dengan Instrumen Sentuh untuk mencipta lebih banyak bahagian yang kompleks. Apabila anda mengaktifkan penggabungan, anda boleh merakam satu bahagian dan apabila penunjuk main bermula dari awal bahagian, rakamkan bahagian lain. Bahagian-bahagian digabungkan menjadi bidang tunggal.
Suis Cantum Rakaman tersedia apabila trek yang menyokong pencantuman dipilih. Secara lalai, penggabungan aktif untuk dram tidak aktif untuk Instrumen Sentuh lain yang disokong. Menggunakan Cantum Rakaman, anda juga boleh merakam not untuk instrumen, kemudian rekod perubahan pada tombol dan kawalan lain secara berasingan dan cantumkan kedua-duanya.
Aktifkan atau nyahaktifkan penggabungan: Ketik Seting Trek, ketik Rakaman, kemudian ketik suis Cantum Rakaman.
Rakaman Babak dan Cantum Rakaman tidak boleh diaktifkan pada masa yang sama. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang rakaman babak, lihat Rakam berbilang babak.
Tukar kesan induk
Setiap lagu memiliki set kesan induk, termasuk gema induk (tunda) dan talun induk. Anda boleh memilih kesan induk untuk lagu, kemudian gunakan gelangsar Paras Gema dan Paras Talun untuk mengawal kesan induk yang ditambahkan kepada setiap instrumen dalam lagu.
Ketik Kesan Induk.
Lakukan satu daripada berikut:
Ketik Gema, kemudian pilih praset gema induk yang baharu daripada senarai.
Ketik Talun, kemudian pilih praset talun induk yang baharu daripada senarai.
Untuk mengembalikan kesan induk ke seting asal, ketik salah satu atau kedua-dua kesan, kemudian ketik Lalai.
Laraskan paras kesan induk trek
Lakukan salah satu yang berikut:
Seret gelangsar Paras Gema ke kiri atau kanan.
Seret gelangsar Paras Talun ke kiri atau kanan.