Rakam ke sel dalam GarageBand untuk iPhone
Anda boleh merakam ke sel menggunakan Instrumen Sentuh untuk baris yang sel tersebut berada.
Apabila anda merakam ke sel, sel lain yang bermain semasa rakaman bermula akan terus dimainkan, namun sebarang trek yang bermain dalam paparan Trek akan dihentikan main. Pembaris menunjukkan unit masa bagi sel, bukan untuk bahagian lagu.
Jika sel telah diisikan, rakaman baharu menggantikan rakaman sedia ada. Untuk Keyboard, Dram, Sampler, Gitar dan Bes, anda boleh mencantumkan rakaman baharu dengan rakaman sedia ada dengan mengaktifkan Cantum Rakaman dalam kawalan trek.
Nota: Anda tidak boleh merakam ke sel Drummer.
Rakam ke sel dalam grid
Lakukan salah satu daripada berikut:
Ketik sel, kemudian ketik Rakam daripada menu pintasan.
Dwiketik sel.
Instrumen Sentuh untuk baris sel terbuka. Jika sel berada dalam baris kosong, Instrumen Sentuh yang terakhir digunakan terbuka dan menjadi Instrumen Sentuh bagi baris sel tersebut. Jika tiada sel digunakan, dwiketik menunjukkan menu Edit.
Untuk mula merakam, ketik butang Rakam dalam bar kawalan.
Mainkan Instrumen Sentuh.
Not yang anda mainkan dan sebarang perubahan pada tombol, gelangsar dan kawalan lain akan dirakam.
Untuk selesai merakam, ketik butang Rakam sekali lagi.
Ketik butang Live Loops untuk kembali ke grid Live Loops.