Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Setkan keutamaan format untuk persamaan dalam Grapher pada Mac
Anda boleh menukar saiz dan rupa fon dan format angka yang digunakan dalam persamaan.
Tukar saiz dan rupa fon
Dalam app Grapher pada Mac anda, pilih Grapher > Keutamaan.
Klik Persamaan, kemudian lakukan mana-mana antara yang berikut:
Tukar fon dan saiz lalai: Klik kotak Fon & Saiz Lalai. Tetingkap fon muncul.
Tukar saiz elemen: Seret penggelongsor Saiz Relatif.
Pemboleh ubah italik: Pilih Pemboleh ubah dalam italik.
Pilih format angka yang digunakan dalam persamaan
Dalam app Grapher pada Mac anda, pilih Grapher > Keutamaan.
Klik Nombor, kemudian pilih pilihan yang anda inginkan.