Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Terima pemberitahuan untuk aksesori Rumah pada Mac
Anda boleh menerima pemberitahuan apabila aksesori anda mengesan sesuatu dan menyemak status aksesori anda.
Aktifkan pemberitahuan untuk aksesori anda
Sesetengah aksesori seperti sensor asap dan kunci pintu mempunyai pemberitahuan didayakan secara lalai, tetapi anda juga boleh menyediakan pemberitahuan untuk sesetengah jenis aksesori lain, seperti sensor pergerakan.
Dalam app Rumah pada Mac anda, dwiklik aksesori.
Klik Pemberitahuan Status, kemudian pilih Pemberitahuan pada Mac Ini.
Pemberitahuan disediakan untuk Mac ini sahaja.
Semak status aksesori anda
Anda boleh menyemak status aksesori anda terus daripada skrin Rumah.
Dalam app Rumah pada Mac anda, klik butang Rumah, kemudian klik teks di penjuru kiri atas.