Pastikan fail iCloud Drive dimuat turun pada komputer Windows anda
Dengan iCloud untuk Windows, anda boleh memilih fail iCloud Drive yang mahu dimuat turun ke komputer anda. Anda mesti memuat turun fail sebelum anda boleh membuka fail itu.
Anda boleh mengepin fail atau folder berasingan atau keseluruhan folder iCloud Drive anda untuk memastikan fail atau folder itu dimuat turun ke peranti anda. Jika fail atau folder dipin, anda dapat melihat di sebelah nama fail dalam Penjelajah Fail. Lihat senarai ikon dan maksud ikon tersebut.
Nota: Ciri ini tidak disokong dalam iCloud untuk Windows versi 7.
Pinkan fail atau folder
Pada komputer Windows and, buka Penjelajah Fail, kemudian klik iCloud Drive dalam tetingkap Navigasi.
Klik kanan pada fail atau folder yang ingin dipin.
Dalam menu pintasan, pilih “Sentiasa simpan pada peranti ini”.
Nyahpinkan fail atau folder
Pada komputer Windows anda, buka Penjelajah Fail, kemudian klik iCloud Drive dalam tetingkap Navigasi.
Klik kanan pada fail atau folder yang ingin dinyahpin.
Dalam menu pintasan, pilih "Sentiasa simpan pada peranti ini" untuk mengeluarkan tanda semak dan menyahpin item.
Untuk mengeluarkan item dari komputer Windows anda, lihat Keluarkan fail dan foto iCloud untuk mengosongkan ruang pada PC anda.