Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Pengenalan kepada mengedit filem dalam iMovie pada iPad
Selepas anda mencipta projek filem, anda boleh menyusun klip video dan gambar pegun, menambah muzik dan kesan bunyi, menambah latar belakang, merakam suara latar dan juga menggunakan penapis atau tema supaya kelihatan profesional.
Petua: Jika anda mencipta video muzik, anda boleh menambah muzik pada projek anda dahulu agar anda boleh menjajarkan klip video padanya. Lihat Tambah muzik dan lagu tema dalam iMovie pada iPad.
Jika anda berada dalam kelas dan menggunakan iPad yang disediakan sebagai iPad Dikongsi, projek anda disimpan dalam iCloud Drive secara automatik dan bukan pada iPad.
Nota: Untuk institusi pendidikan yang menggunakan iPad Dikongsi, iMovie direka untuk digunakan oleh pelajar yang melog masuk dalam satu iPad pada satu masa.