Gerakkan penuding menggunakan penuding kepala pada Mac
Jika anda menghadapi kesukaran menggunakan tetikus atau trackpad, anda boleh menggunakan penuding kepala pada Mac anda. Penuding kepala membolehkan anda menggerakkan penuding pada skrin menggunakan pergerakan muka atau kepala anda, seperti yang dikesan oleh kamera yang terbina dalam atau yang bersambung ke Mac anda. Sebagai contoh, jika anda menggerakkan kepala anda ke kiri, penuding mengikut arah pada skrin.
Aktifkan dan sesuaikan penuding kepala
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Kebolehcapaian dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Pergi ke Motor di sebelah kanan, kemudian klik Kawalan Penuding.
Aktifkan “Penuding kepala”.
Klik .
Anda boleh mengesetkan pilihan untuk menentukan cara penuding bergerak, kelajuan penuding bergerak, suis untuk digunakan bagi tindakan penuding kepala dan kamera untuk digunakan. Untuk mendapatkan maklumat tentang pilihan, lihat Tukar seting Kawalan Penuding.
Gunakan penuding kepala
Pada Mac anda, pastikan kamera yang anda pilih dalam pilihan penuding kepala diaktifkan.
Jika anda menggunakan kamera terbina dalam komputer Mac anda, lampu hijau di sebelah kamera (di bahagian atas paparan) menyala untuk menunjukkan yang kamera aktif.
Tempatkan diri anda di tengah hadapan skrin, pastikan kepala anda tidak terlalu jauh ke sebelah kiri atau kanan.
Bergantung pada pilihan yang anda setkan untuk cara penuding bergerak, sama ada memalingkan muka anda dari tengah skrin atau menggerakkan kepala anda pada arah yang anda mahu penuding untuk bergerak; anda tidak perlu pergerakan yang menonjol, atau menggerakkan bahu atau badan anda.
Sebagai contoh, untuk menggerakkan penuding ke sebelah kanan, palingkan muka anda ke arah pinggir kanan skrin atau gerakkan kepala anda ke kanan. Lebih jauh anda memalingkan muka anda ke kanan atau lebih cepat anda menggerakkan kepala anda, lebih cepat penuding bergerak merentas skrin.
Untuk menghentikan penuding, sama ada palingkan muka anda ke tengah skrin atau berhenti gerakkan kepala anda.
Apabila penuding berada pada lokasi yang anda mahukan, anda boleh melaksanakan klik kiri, klik kanan, atau dwiklik, atau tindakan seret dan lepas menggunakan Kekunci Tetikus, suis (seperti kekunci papan kekunci, suis bantuan, atau riak wajah), atau Kawalan Suara.
Jika anda menentukan suis untuk menjeda atau meneruskan penuding kepala dalam pilihan penuding kepala, gunakan suis untuk menjedakan penuding pada bila-bila masa. Sebagai contoh, jika anda menentukan kekunci “z” papan kekunci sebagai suis, gunakan kekunci untuk menjedakan penuding kepala apabila anda tidak berada pada Mac anda buat seketika.
Selesaikan masalah penuding kepala
Jika anda tidak boleh menggerakkan penuding dengan cara yang anda jangkakan menggunakan penuding kepala pada Mac anda, cuba cadangan ini.
Jika penuding kepala tidak berfungsi: Pastikan ia diaktifkan dalam seting Kawalan Penuding. Jika ia diaktifkan tetapi masih tidak berfungsi, pastikan ia tidak dijedakan. Semak juga sama ada kamera yang anda gunakan diaktifkan, menghadap anda dan tidak terhalang.
Jika penuding tidak bergerak: Jika anda atau seseorang menggerakkan penuding menggunakan tetikus atau trackpad, penuding kepala menjeda; apabila anda berhenti menggunakan tetikus atau trackpad, penuding kepala meneruskan secara automatik.
Jika penuding bergerak secara tidak menentu: Laraskan pencahayaan di sekeliling anda untuk memastikan muka dan kepala anda dikesan dengan jelas oleh kamera anda.
Jika penuding bergerak terlalu jauh atau tidak cukup jauh: Laraskan kelajuan penuding yang anda setkan untuk penuding kepala. Semakin perlahan kelajuan, semakin kurang jarak penuding bergerak apabila anda menggerakkan mula atau kepala anda; semakin laju kelajuan, semakin jauh penuding bergerak.
Jika penuding bergerak terlalu perlahan atau laju: Palingkan muka anda atau gerakkan kepala anda lebih cepat atau lebih perlahan.
Jika penuding kelihatan tersekat pada pinggir skrin: Pastikan anda berada di tengah hadapan skrin dan kepala anda tidak terlalu jauh ke sebelah kiri atau kanan. Anda mungkin perlu melaraskan kedudukan paparan atau kamera anda.
Jika mesej muncul bahawa penunjuk kepala gagal: Berkemungkinan pencahayaan terlalu terang atau gelap, anda terlalu dekat atau jauh daripada kamera, atau tidak berada di tengah hadapan skrin. Cuba laraskan pencahayaan atau ubah kedudukan anda di hadapan paparan atau kamera anda.
Jika penuding sukar untuk dicari pada skrin: Cuba mengkalibrasi semula penuding kepala.
Kalibrasi semula penuding kepala
Anda boleh mengkalibrasi semula penuding kepala untuk menempatkan semula penuding di bahagian tengah skrin dan reset kedudukan muka atau kepala anda, bergantung pada pilihan yang anda setkan untuk mengawal cara penuding bergerak.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Kebolehcapaian dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Pergi ke Motor di sebelah kanan, kemudian klik Kawalan Penuding.
Aktifkan “Penuding kepala”, kemudian klik .
Aktifkan “Gunakan suis atau riak wajah untuk mengkalibrasi semula”, kemudian klik untuk memilih suis untuk melaksanakan tindakan.
Laraskan kedudukan muka atau kepala anda, kemudian gunakan suis anda untuk mula mengkalibrasi semula.
Kira detik pada skrin dipaparkan dan mengira detik daripada 3. Apabila kira detik berada pada 1, elakkan daripada bergerak supaya anda pegun semasa mengkalibrasi semula.
Apabila paparan atas skrin hilang, penuding kepala dikalibrasi semula dan anda boleh terus menggunakan penuding kepala.
Anda boleh mengulangi langkah ini pada bila-bila masa anda mahu mengkalibrasi semula penuding kepala.
Anda boleh menggunakan Pintasan Kebolehcapaian untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan penuding kepala dengan cepat.