Berhubung dengan rakan dalam Game Center pada Mac
Lebih seronok untuk bermain permainan dengan rakan. Anda boleh menggunakan seting Game Center pada Mac untuk menjemput rakan, melihat permintaan rakan dan banyak lagi.
Jemput seseorang untuk menjadi rakan Game Center
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Game Center dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Pergi ke Rakan, kemudian klik Jemput Rakan.
Lihat rakan Game Center anda
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Game Center dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Peri ke Rakan, kemudian klik Semua Rakan.
Lihat permintaan rakan Game Center anda
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Game Center dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Pergi ke Rakan, kemudian klik Permintaan Rakan.
Benarkan app untuk mengakses senarai rakan Game Center anda
Anda boleh membenarkan app mengakses senarai rakan Game Center anda.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Game Center dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Pergi ke Rakan, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Kongsi Senarai Rakan.
Lihat app yang telah meminta akses kepada senarai rakan Game Center anda
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Game Center dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Pergi ke Rakan, kemudian pastikan Kongsi Senarai Rakan diaktifkan.
Klik Tunjukkan App.
Biarkan rakan Game Center anda mencari anda dengan mudah
Anda boleh membenarkan rakan Game Center anda menemui anda menggunakan alamat e‑mel dan nombor telefon yang dikaitkan dengan Akaun Apple anda.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Game Center dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Pergi ke Kebolehtemuan, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Bantu Rakan Mencari Anda.
Kawal orang yang boleh melihat aktiviti Game Center anda
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Game Center dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Pergi ke Aktiviti Permainan.
Klik menu timbul Perkongsian Aktiviti, kemudian pilih Semua Orang, Rakan Sahaja atau Hanya Anda.
Nota: Pengehadan umur untuk Perkongsian Aktiviti berbeza mengikut negara atau rantau. Di Amerika Syarikat, pilihan Perkongsian Aktiviti adalah terhad kepada Rakan Sahaja dan Hanya Anda untuk kanak-kanak di bawah usia 13 tahun.
Biarkan pemain berdekatan menjemput anda ke permainan
Anda boleh membenarkan pemain Game Center berdekatan yang bermain permainan yang sama menjemput anda menyertai mereka dalam permainan berbilang pemain melalui Wi-Fi atau Bluetooth®.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Game Center dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Pergi ke Aktiviti Permainan.
Aktifkan atau nyahaktifkan Pemain Berdekatan.