Tunjukkan e-mel daripada pengirim VIP dalam Mail pada Mac
Anda boleh menjejaki mesej e-mel daripada orang yang penting untuk anda dengan menjadikan mereka VIP. Sebarang mesej dalam Peti Masuk daripada VIP (walaupun dihantar sebagai sebahagian daripada perbualan) dipaparkan dalam peti mel VIP (sejenis Peti Mel Pintar). Anda boleh mempunyai sehingga 100 VIP.
Buatkan seseorang VIP
Dalam app Mail pada Mac anda, pilih mesej daripada orang yang anda mahu jadikan VIP.
Gerakkan penuding ke sebelah nama mereka dalam pengepala mesej, kemudian klik bintang yang muncul.
Anda juga boleh klik anak panah dalam Alamat Pintar, kemudian pilih Tambah ke VIP.
Jika VIP mempunyai lebih daripada satu alamat e-mel dalam app Kenalan, mesej daripada semua alamat mereka disertakan dalam peti mel VIP.
Tunjukkan e-mel VIP
Dalam app Mail pada Mac anda, klik anak panah untuk peti mel VIP dalam bar sisi Mail atau bar Kegemaran.
Pilih VIP.
Hanya mesej daripada VIP ditunjukkan dalam senarai mesej. Jika anda tidak melihat mesej yang dijangkakan, pilih Paparan > Isih Mengikut, kemudian pilih Semua Peti Mel (tanda semak menunjukkan ia aktif).
Apabila anda selesai, klik Peti Masuk dalam bar sisi Mail atau bar Kegemaran untuk melihat mesej lain lagi.
Anda juga boleh menapis e-mel untuk menunjukkan e-mel daripada VIP sahaja.
Keluarkan status VIP seseorang
Dalam app Mail pada Mac anda, pilih mesej daripada VIP.
Gerakkan penuding ke sebelah nama mereka dalam pengepala mesej, kemudian klik bintang mereka .
Peti mel VIP kenalan dikeluarkan daripada bar sisi Mail dan bar Kegemaran; mesej kenalan kekal dalam Peti Masuk.
VIP anda tersedia pada komputer Mac lain anda (dengan OS X 10.8 atau lebih baru), peranti iOS (dengan iOS 6 atau lebih baru) dan peranti iPadOS yang anda mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama dan Kenalan diaktifkan dalam keutamaan atau seting iCloud.