
Tukar seting Privasi dalam Mail pada Mac
Gunakan seting Privasi dalam Mail untuk mengurus seting yang menghalang pengirim e-mel daripada mengetahui tentang alamat IP anda dan maklumat tentang aktiviti Mail anda.
Untuk menukar seting ini dalam app Mail pada Mac anda, pilih Mail > Seting, kemudian klik Privasi.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Lindungi Aktiviti Mail | Sembunyikan alamat IP anda daripada pengirim dan muat turun kandungan jauh secara peribadi dalam latar belakang semasa mesej diterima (berbanding semasa anda melihat mesej). Pilih ini menghalang pengirim daripada mengumpulkan maklumat apabila anda melihat mesej, seperti masa dan bilangan kali anda melihatnya, sama ada anda memajukannya, alamat IP anda serta data lain. Jika anda menyahpilih pilihan ini, anda boleh memilih untuk menyembunyikan alamat IP anda secara berasingan dan menghalang kandungan jauh dalam mesej daripada dimuat turun sehingga anda memilih untuk berbuat demikian. | ||||||||||
Sembunyikan Alamat IP | Sembunyikan alamat IP anda daripada pengirim. Pilihan ini dipilih secara automatik apabila Lindungi Aktiviti Mail dipilih. Jika anda menyahpilih Lindungi Aktiviti Mail, anda disyorkan untuk memastikan pilihan ini dipilih, untuk menghalang pengirim daripada mengetahui tentang alamat IP anda. | ||||||||||
Sekat Semua Kandungan Jauh | Tunjukkan apabila mesej mengandungi kandungan jauh dan halangnya daripada dimuat turun sehingga anda memilih untuk berbuat demikian. Jika anda menyahpilih Lindungi Aktiviti Mail, anda disyorkan untuk memilih pilihan ini. Kandungan jauh tidak akan dipaparkan dalam mesej yang ditandakan sebagai sarap. |
Nota: Jika anda menyahaktifkan pilihan dalam seting Rangkaian untuk mengehadkan penjejakan alamat IP bagi rangkaian Wi-Fi atau Ethernet anda, alamat IP anda tidak disembunyikan daripada pengirim semasa menggunakan rangkaian.