Gunakan tataletak lajur dalam Mail pada Mac
Apabila anda menggunakan tataletak lajur untuk melihat mesej e-mel, senarai mesej muncul dalam lajur merentas tetingkap Mail dan pratonton mesej muncul di bawah atau di sebelah senarai.
Pergi ke app Mail pada Mac anda.
Pilih Paparan > Gunakan Tataletak Lajur (tanda semak menandakan tataletak ini digunakan).
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Tukar lajur yang kelihatan: Control-klik pengepala lajur, kemudian pilih atribut, seperti Disenyapkan. Lajur Perbualan, Status dan Subjek sentiasa ditunjukkan.
Tunjukkan pratonton mesej di bahagian sisi atau bawah: Pilih Paparan > Tunjukkan Pratonton Sisi atau Paparan > Tunjukkan Pratonton Bawah.
Tukar cara mesej diisih: Control-klik pengepala lajur, pilih Isih Mengikut, kemudian pilih atribut, seperti Daripada atau Saiz dan tertib isihan.
Susun semula lajur: Seret lajur ke kiri atau kanan untuk menukar lokasinya.
Tunjukkan mesej dalam perbualan: Dalam lajur Perbualan, klik .
Apabila anda menggunakan tataletak lajur, Hasil Teratas tidak ditunjukkan apabila anda mencari e-mel.