Hantar e-mel kepada kumpulan dalam Mail pada Mac
Anda boleh menghantar mesej kepada kumpulan dan menunjukkan atau menyembunyikan alamat e-mel mereka.
Hantar e-mel kepada kumpulan
Jika anda menggunakan senarai dalam app Kenalan—sebagai contoh, untuk kelab buku atau pasukan berbasikal —anda boleh menghantar mesej kepada kumpulan.
Pergi ke app Mail pada Mac anda.
Pilih Mail > Seting, klik Mengarang, kemudian nyahpilih “Apabila menghantar ke kumpulan, tunjukkan semua alamat ahli”.
Dalam medan alamat (seperti Kepada atau Sk) mesej anda, taipkan nama senarai.
Jika anda memutuskan anda mahu menggunakan kenalan individu dan bukannya senarai—mungkin anda mahu mengabaikan beberapa orang—klik anak panah bersebelahan nama senarai, kemudian pilih Kembangkan Kumpulan.
Petua: Jika seseorang dalam senarai mempunyai berbilang alamat e-mel, anda boleh memilih alamat yang akan sentiasa digunakan apabila anda menghantar e-mel kepada kumpulan tersebut. Lihat Edit senarai edaran untuk senarai dan Senarai Pintar.
Sembunyikan alamat e-mel menggunakan Skt
Anda boleh membantu melindungi privasi penerima anda dengan menghantar mesej supaya “Penerima yang tidak didedahkan” ditunjukkan dalam medan Kepada dan bukannya alamat e-mel semua orang.
Pergi ke app Mail pada Mac anda.
Pastikan medan Skt (Salinan karbon selindung) ditunjukkan dalam tetingkap mesej.
Jika medan tidak disenaraikan, klik dalam bar alat tetingkap mesej, kemudian pilih Medan Alamat Skt.
Taip nama penerima anda dalam medan Skt.
Anda boleh membiarkan medan Kepada kosong.
Sesetengah pelayan mel tidak akan menghantar mesej walaupun hanya satu alamat tidak betul. Cuba untuk keluarkan atau betulkan alamat yang tidak sah, kemudian hantar mesej lagi.
Anda boleh mengimport alamat e-mel daripada app e-mel lain ke dalam app Kenalan, untuk menjadikan alamat tersedia dalam Mail. Lihat Import kenalan.