Cari perbualan dalam Mesej pada Mac
Anda boleh menemui perbualan yang anda cari dengan mudah—cari teks khusus, item dalam imej, atau nama orang, atau gunakan cadangan Carian Pintar. Hasil disusun menjadi perbualan, kerjasama, pautan, foto, lokasi dan dokumen. Istilah yang sepadan dalam perbualan ditebalkan.
Dalam app Mesej pada Mac anda, klik medan carian di penjuru kiri atas bar sisi.
Lakukan satu daripada yang berikut:
Pilih cadangan Carian Pintar: Pilih perbualan, foto, lokasi dan banyak lagi untuk melompat ke perbualan dengan cepat.
Masukkan kriteria carian: Masukkan perkara yang anda cari (seperti perkataan atau frasa), kemudian pilih cadangan atau tekan Return.
Petua: Anda juga boleh mencari teks atau objek (seperti “kereta” atau “sekolah”) di dalam imej.
Apabila anda memilih hasil, transkrip perbualan dibuka di lokasi hasil carian.
Untuk memulakan carian baharu, padam teks daripada medan carian atau klik butang Padam dalam medan carian.