Import muzik daripada komputer ke Apple Music pada Windows
Jika anda mempunyai fail lagu atau video muzik pada komputer, anda boleh mengimport ke Apple Music supaya ia kelihatan dalam pustaka muzik anda.
Petua: Anda juga boleh menyeret fail atau folder daripada Penjelajah Fail ke tetingkap Apple Music untuk mengimportnya.
Secara lalai, Apple Music meninggalkan fail asal di lokasi semasa—mencipta alias kepada fail (berbanding mencipta salinan). Untuk mendapatkan maklumat tentang mencipta salinan fail audio dalam folder Apple Music (Utama\Muzik\Apple Music), lihat Tukar tempat fail muzik anda disimpan.
Apabila anda mengimport item dengan menyeretnya ke tetingkap Apple Music atau memilih Import, rujukan (atau “penuding”) ke item—bukan item itu sendiri—diletakkan dalam folder Apple Music. Anda mungkin tidak boleh memainkan lagu jika anda mengalihkannya.