Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Sesuaikan tetingkap Muzik pada Mac
Anda boleh menyesuaikan cara anda melihat dan memainkan kandungan Muzik anda.
Tunjukkan tetingkap Muzik dalam paparan skrin penuh
Pergi ke app Muzik pada Mac anda.
Untuk masuk paparan skrin penuh, klik di penjuru kiri atas tetingkap Muzik.
Untuk keluar daripada paparan skrin penuh, klik di bahagian penjuru kiri atas tetingkap Muzik.
Tambah item ke bar sisi Pustaka
Anda boleh menyesuaikan bar sisi Pustaka dalam Muzik. Sebagai contoh, anda mungkin mahu memaparkan Kemas Kini Terbaru pada pustaka anda.
Pergi ke app Muzik pada Mac anda.
Gerakkan penuding ke atas Pustaka dalam bar sisi, kemudian pilih Edit.
Pilih item yang anda mahu paparkan dalam bar sisi; nyahpilih item yang anda tidak mahu paparkan.
Klik Selesai.
Petua: Anda juga boleh menyusun semula item dalam Pustaka anda—hanya seretnya ke tertib yang anda mahukan.