Dengar audio lossless dalam Muzik pada Mac
Jika anda melanggan Apple Music, anda boleh memainkan dan memuat turun muzik yang dikodkan menggunakan Codec Audio Apple Lossless (ALAC), yang menjadikan fail lebih kecil sementara mengekalkan semua data asli dalam fail. Dalam Apple Music, muzik lossless tersedia dalam dua fomat:
Lossless: Sehingga 24 bit, 48 kHz
Lossless Hi-Res: Sehingga 24 bit, 192 kHz
Album dan lagu yang tersedia dalam lossless mempunyai butang Lossless di sebelahnya.
Nota: Muzik lossless tidak tersedia dalam Pelan Apple Music Voice. Apple Music, Apple Music Voice dan lossless tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.
Pilih seting kualiti audio lossless
Dalam app Muzik pada Mac anda, pilih Muzik > Seting, kemudian klik Main Balik.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Aktifkan audio lossless: Pilih kotak semak “Audio Lossless”.
Pilih kualiti audio lossless semasa menstrim lagu: Pilih satu daripada pilihan daripada menu timbul Penstriman.
Pilih kualiti audio lossless semasa memuat turun lagu: Pilih satu daripada pilihan daripada menu timbul Muat Turun.
Tukar kualiti audio lossless untuk lagu
Dalam app Muzik pada Mac anda, strim lagu daripada Apple Music.
Nota: Lagu perlu dimainkan sebelum anda boleh menukar kualiti audio lagu.
Klik butang Lossless dalam kawalan main balik, kemudian klik Seting Kualiti Audio untuk menukar seting kualiti audio lossless.