Panduan Pengguna Numbers untuk iPhone
- Selamat Datang
- Baharu dalam Numbers 14.2
-
- Bermula dengan Numbers
- Pengenalan kepada imej, carta dan objek lain
- Cipta hamparan
- Buka hamparan
- Elakkan pengeditan secara tidak sengaja
- Peribadikan templat
- Gunakan helaian
- Buat asal atau buat semula perubahan
- Simpan hamparan anda
- Cari hamparan
- Padamkan hamparan
- Cetak hamparan
- Tukar latar belakang helaian
- Salin teks dan objek antara app
- Asas skrin sentuh
- Hak Cipta
Formatkan sempang dan tanda petikan dalam Numbers pada iPhone
Numbers menukarkan sempang berganda (--) kepada sempang (—) secara automatik dan menukarkan tanda petikan kepada tanda petikan ikal semasa anda menaip. Anda boleh aktifkan atau nyahaktifkan seting ini pada bila-bila masa.
Nota: Seting ini mempengaruhi sempang dan tanda petikan—kedua-duanya sama ada aktif atau nyahaktif.
Aktifkan atau nyahaktifkan pemformatan sempang automatik
Anda boleh menyahaktifkan pemformatan sempang automatik dalam app Seting pada peranti anda. Menukar seting tidak mempengaruhi sengkang dan sempang sedia ada dalam hamparan anda, hanya teks baharu yang anda taipkan sahaja.
Nota: Seting ini digunakan pada app lain pada peranti anda yang anda guna untuk memasukkan teks.
Ketik Seting pada skrin Utama, kemudian ketik Umum.
Ketik Papan Kekunci, kemudian ketik Tanda Baca Pintar.
Petua: Untuk menggunakan pemformatan berbeza untuk teks tertentu, tukar seting, taipkan teks, kemudian tukar semula seting.
Aktifkan atau nyahaktifkan pemformatan tanda petikan automatik
Anda boleh menyahaktifkan pemformatan tanda petikan dalam app Seting pada peranti anda. Menukar seting tidak mempengaruhi tanda petikan sedia ada dalam hamparan anda, hanya teks baharu yang anda taipkan sahaja.