Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Edit foto dan video dalam Photo Booth pada Mac
Anda boleh terbalikkan foto, mengeluarkan kesan daripada foto dan memangkas video.
Edit foto
Dalam app Photo Booth pada Mac anda, lakukan mana-mana yang berikut:
Balikkan foto: Pilih foto, kemudian pilih Edit > Balikkan Foto.
Balikkan foto dan video baru secara automatik: Pilih Edit > Balikkan Item Baru Auto.
Simpan foto tanpa kesan: Pilih foto, kemudian pilih Fail > Eksport Asal.
Edit video
Dalam app Photo Booth pada Mac anda, mainkan video yang anda mahu edit.
Ketika menonton video, pilih Edit > Pangkas Filem.
Seret penanda kuning mula dan akhir, kemudian klik Pangkas untuk pangkas filem.
Petua: Untuk membuat editan yang lebih tepat, klik dan tahan penanda untuk melihat bingkai video individu.