Hadkan input untuk pintasan apabila dijalankan daripada app lain pada Mac
Apabila anda mula-mula mendayakan pintasan untuk dijalankan daripada app lain, pintasan akan menerima sebarang kandungan sebagai input. Mengehadkan jenis kandungan yang diterima pintasan anda mengemaskan pilihan perkongsian dalam app, dengan menyembunyikan pintasan yang tidak relevan kepada app. Contohnya, pintasan yang hanya menerima kenalan tidak akan muncul sebagai sambungan perkongsian dalam app Peta. Lihat senarai penuh jenis input dan definisinya dalam Memahami jenis input dalam Pintasan pada Mac. Anda boleh membenarkan pintasan anda untuk bertindak balas secara dinamik jika tiada input diterima.
Nota: Sesetengah pintasan tidak menerima input awal (sebagai contoh, pintasan yang anda jalankan daripada Dock).
Dalam app Pintasan pada Mac anda, dwiklik pintasan yang anda mahu edit.
Pintasan dibuka dalam editor pintasan.
Klik Sebarang (atau input semasa) dalam tindakan input.
Jika anda tidak melihat tindakan input, lihat Jalankan pintasan semasa bekerja pada Mac anda.
Nyahaktifkan sebarang jenis kandungan yang anda tidak mahu sebagai input untuk pintasan anda.
Klik Kosongkan untuk menyahaktifkan semua jenis kandungan.
Pilihan: Untuk memilih cara pintasan membalas jika tiada input, klik Teruskan dalam tindakan input dan pilih satu daripada berikut:
Henti dan Balas: Pintasan berhenti dan (secara pilihan) memaparkan mesej. Untuk memaparkan mesej apabila pintasan berjalan dan tiada input, klik Respons dan taipkan mesej.
Minta Untuk: Pintasan meminta input. Pilih jenis kandungan untuk diserahkan kepada pintasan.
Dapatkan Papan Klip: Pintasan menggunakan kandungan Papan Klip sebagai input.
Teruskan: Pintasan berjalan tanpa gangguan. Jika tindakan menggunakan input sebagai Pemboleh Ubah Pintar, pemboleh ubah akan menjadi kosong.