Enjin Graf Kandungan dalam Pintasan
Kepintaran Pintasan berpunca daripada enjin Graf Kandungan, yang menukar data daripada ciri dan app iOS kepada tindakan pintasan dengan pintar semasa proses dijalankan. Apabila tindakan menjangkakan sejenis kandungan dan anda menyerahkan jenis kandungan lain kepadanya, Grad Kandungan menukarkan kandungan tersebut kepada jenis yang sesuai secara automatik.
Penukaran data pintar ini membolehkan Pintasan mengintegrasikan app dan perkhidmatan. Contoh berikutnya mengandungi tindakan Dapatkan Peristiwa Akan Datang diikuti tindakan Tunjukkan Arah. Tindakan pertama menghasilkan output peristiwa Kalendar, yang boleh mengandungi data penjadualan dan juga data lokasi. Disebabkan tindakan kedua memerlukan data lokasi sebagai input, Graf Kandungan mengekstrak hanya data Peta daripada peristiwa Kalendar untuk menghasilkan arah pemanduan.
Graf Kandungan juga membenarkan pengesanan kandungan berbilang langkah lanjutan. Ini membenarkan Pintasan berintegrasi dengan app dan perkhidmatan yang kelihatan tidak berkaitan, seperti Muzik dan Instagram. Contohnya, anda boleh mencipta pintasan yang mengandungi tindakan Dapatkan Lagu Semasa diikuti tindakan Siarkan di Instagram. Apabila dijalankan, siri tindakan ini mengekstrak karya seni album secara automatik daripada lagu yang sedang dimainkan dan menyiarkan karya seni ke Instagram.
Dengan Graf Kandungan, anda tidak perlu mempertimbangkan sama ada anda menyerahkan jenis kandungan yang betul daripada satu tindakan kepada tindakan yang lain. Pintasan menjangka apa-apa yang anda mahu selesaikan dan menentukan cara untuk melakukannya.