Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Jika Terminal pada Mac anda mengeluarkan bunyi bip ketika anda menaip
Jika Terminal disetkan untuk meniru terminal VT-100, sesetengah kekunci dinyahaktifkan pada papan kekunci. Apabila anda menekan kekunci yang dinyahaktifkan, Terminal mengeluarkan bunyi bip untuk menunjukkan bahawa aksara tersebut tidak diterima. Anda boleh ubah jenis terminal yang sedang ditiru dalam keutamaan Terminal.
Dalam app Terminal pada Mac anda, pilih Terminal > Keutamaan, kemudian klik Profil.
Klik Lanjutan.
Dalam senarai Profil, pilih profil.
Di bawah Maklumat terma, klik menu timbul “Isytihar terminal sebagai”, kemudian pilih jenis terminal.
Pilih kotak semak untuk laraskan input papan kekunci dan kelakuan Terminal.