Pintasan papan kekunci dalam Terminal pada Mac
Dalam app Terminal pada Mac, anda boleh menyelesaikan banyak tugas dengan cepat menggunakan pintasan papan kekunci. Lihat pintasan di bawah, serta dalam menu Terminal di bar menu. Dalam menu app, pintasan papan kekunci diwakili oleh simbol.
Nota: Pintasan papan kekunci dalam app mungkin berbeza bergantung pada bahasa dan tataletak papan kekunci yang anda gunakan pada Mac anda. Jika pintasan di bawah tidak berfungsi seperti yang anda jangkakan, cari dalam menu app dalam bar menu untuk melihat pintasan yang betul. Anda juga boleh menggunakan Pemapar Papan Kekunci untuk melihat tataletak papan kekunci semasa anda, yang dikenali sebagai sumber input.
Bekerja dengan tetingkap dan tab Terminal
Tindakan | Pintasan |
---|---|
Tetingkap baharu | Command-N |
Tetingkap baharu dengan perintah sama | Control-Command-N |
Tab baharu | Command-T |
Tab baharu dengan perintah sama | Control-Command-T |
Tunjukkan atau sembunyikan bar tab | Shift-Command-T |
Tunjukkan gambaran keseluruhan semua tab atau tab keluar | Shift-Command-Garis Condong Terbalik (\) |
Perintah baharu | Shift-Command-N |
Sambungan jauh baharu | Shift-Command-K |
Tunjukkan atau sembunyikan Pemeriksa | Command-I |
Edit tajuk | Shift-Command-I |
Edit warna latar belakang | Option-Command-I |
Jadikan teks lebih besar | Command-Tambah (+) |
Jadikan teks lebih kecil | Command-Tolak (–) |
Tetingkap seterusnya | Command-Aksen Grava (`) |
Tetingkap sebelumnya | Command-Shift-Tilde (~) |
Tab Seterusnya | Control-Tab |
Tab Sebelumnya | Control-Shift-Tab |
Pisahkan tetingkap ke dalam dua anak tetingkap | Command-D |
Tutup anak tetingkap pisahan | Shift-Command-D |
Tutup tab | Command-W |
Tutup tetingkap | Shift-Command-W |
Tutup tab lain | Option-Command-W |
Tutup semua | Option-Shift-Command-W |
Skrol ke atas | Command-Home |
Skrol ke bawah | Command-End |
Naik halaman | Command-Page Up |
Turun halaman | Command-Page Down |
Baris atas | Option-Command-Page Up |
Baris bawah | Option-Command-Page Down |
Edit baris perintah
Tindakan | Pintasan |
---|---|
Tempatkan semula titik pemasukan | Tekan dan tahan kekunci Option sementara mengalihkan penuding ke titik sisipan baharu |
Alihkan titik pemasukan ke permulaan garis | Control-A |
Alihkan titik pemasukan ke penghujung garis | Control-E |
Alihkan titik pemasukan satu aksara ke hadapan | Anak Panah Kanan |
Alihkan titik pemasukan satu aksara ke belakang | Anak Panah Kiri |
Alihkan titik pemasukan satu perkataan ke hadapan | Option-Anak Panah Kanan |
Alihkan titik pemasukan satu perkataan ke belakang | Option-Anak Panah Kiri |
Padamkan garis | Control-U |
Padam hingga ke penghujung garis | Control-K |
Padam ke hadapan hingga ke penghujung perkataan | Option-D (tersedia apabila Gunakan Option sebagai kekunci Meta dipilih) |
Padam dari belakang hingga ke permulaan perkataan | Control-W |
Padamkan satu aksara | Delete |
Forward-delete satu aksara | Forward Delete (atau gunakan Fn-Delete) |
Transposisi dua aksara | Control-T |
Pilih dan cari teks dalam tetingkap Terminal
Tindakan | Pintasan |
---|---|
Pilih laluan fail selesai | Tekan dan tahan kekunci Shift dan Command dan dwiklik laluan |
Pilih baris selesai dari teks | Klik tiga kali pada baris |
Pilih perkataan | Klik dua kali pada perkataan |
Pilih URL | Tekan dan tahan kekunci Shift dan Command dan dwiklik URL |
Pilih blok segi empat tepat | Tekan dan tahan kekunci Option dan seret untuk memilih teks |
Potong | Command-X |
Salin | Command-C |
Salin tanpa warna latar belakang | Option-Shift-Command-C |
Salin teks biasa | Option-Shift-Command-C |
Tampal | Command-V |
Menampal pilihan | Shift-Command-V |
Tampal teks terkecuali | Control-Command-T |
Tampal pilihan terkecuali | Control-Shift-Command-V |
Cari | Command-F |
Cari berikutnya | Command-G |
Cari sebelumnya | Command-Shift-G |
Cari menggunakan teks yang dipilih | Command-E |
Pergi ke teks dipilih | Command-J |
Pilih semua | Command-A |
Buka pemapar aksara | Control-Command-Space |
Bekerja dengan penanda dan penanda buku
Tindakan | Pintasan |
---|---|
Tanda | Command-U |
Tandakan sebagai penanda buku | Option-Command-U |
Nyahtanda | Shift-Command-U |
Tandakan garis dan hantar kembali | Command-Return |
Hantar kembali tanpa menanda | Shift-Command-Return |
Masukkan penanda buku | Shift-Command-M |
Masukkan penanda buku dengan nama | Option-Shift-Command-M |
Lompat ke tanda sebelumnya | Command-Anak Panah Atas |
Lompat ke tanda seterusnya | Command-Anak Panah Bawah |
Lompat ke penanda buku sebelumnya | Option-Command-Anak Panah Atas |
Lompat ke penanda buku seterusnya | Option-Command-Anak Panah Bawah |
Kosongkan ke tanda sebelumnya | Command-L |
Kosongkan ke penanda buku sebelumnya | Option-Command-L |
Kosongkan untuk mula | Command-K |
Pilih tanda antara | Shift-Command-A |
Pintasan lain
Tindakan | Pintasan |
---|---|
Masuk atau keluar skrin penuh | Control-Command-F |
Tunjukkan atau sembunyikan warna | Shift-Command-C |
Buka keutamaan Terminal | Command-Koma (,) |
Pemisah | Menaip Command-Noktah (.) adalah bersamaan dengan memasukkan Control-C pada baris perintah |
Cetak | Command-P |
Keadaan pelagak terminal reset lembut | Option-Command-R |
Keadaan pelagak terminal reset keras | Control-Option-Command-R |
Buka URL | Tekan terus kekunci Command dan dwiklik URL |
Tambah laluan lengkap ke fail | Seret fail dari Finder ke dalam tetingkap Terminal |
Eksport teks sebagai | Command-S |
Eksport teks dipilih sebagai | Shift-Command-S |
Balikkan sejarah carian perintah | Control-R |
Togol pilihan "Benarkan Pelaporan Tetikus" | Command-R |
Togol pilihan "Gunakan Option sebagai Kekunci Meta" | Command-Option-O |
Tunjukkan skrin gantian | Shift–Command–Anak Panah Bawah |
Sembunyikan skrin gantian | Shift–Command–Anak Panah Atas |
Buka halaman panduan untuk pilihan | Control-Shift-Command-Tanda Soal (?) |
Cari indeks halaman panduan untuk pilihan | Control-Option-Command-Slash (/) |
Direktori atau nama fail penuh | Pada baris perintah, taip satu atau lebih aksara, kemudian tekan Tab |
Paparkan senarai mungkin direktori atau nama fail lengkap | Pada baris perintah, taip satu atau lebih aksara, kemudian tekan Tab dua kali |