Laraskan jidar dan perenggan
Anda boleh melaraskan pengengsotan dan penjajaran teks dalam dokumen TextEdit.
Tunjukkan pembaris
Pilih Format > Teks > Tunjukkan Pembaris.
Untuk menunjukkan pembaris dalam semua dokumen baru, pilih TextEdit > Keutamaan, klik Dokumen Baru, kemudian di bawah Pilihan, pilih “Tunjukkan pembaris.”
Laraskan penjajaran perenggan
Klik dalam perenggan atau pilih beberapa perenggan.
Klik butang penjajaran dalam bar alat TextEdit (atau gunakan Touch Bar).
Setkan inden perenggan
Anda boleh menggunakan pembaris untuk melaraskan kawalan inden perenggan.
Pilih Format > Balut ke Halaman.
Seret bar mendatar dan segi tiga yang menghala ke bawah ke tempat yang anda mahukan.
Bar mendatar: Setkan jarak baris pertama dalam perenggan diindenkan.
Segi tiga menghala ke bawah: Setkan jarak seluruh perenggan diinden (di sebelah kiri atau kanan).
Setkan hentian tab
Anda boleh menggunakan hentian tab pada pembaris untuk menjajarkan teks.
Klik pembaris di tempat anda inginkan hentian tab, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Tukar jenis hentian tab: Control-klik simbol, kemudian pilih salah satu hentian tab berikut:
Tab Kiri: Justifikasi teks kiri.
Tab Tengah: Mengetengahkan teks.
Tab Kanan: Justifikasi teks kanan.
Tab Perpuluhan: Justifikasikan nombor di sekitar titik perpuluhan.
Alihkan hentian tab: Seret hentian tab ke kiri atau kanan dalam pembaris.
Untuk memadam hentian tab, seret ikonnya ke luar pembaris.
Nota: Anda tidak boleh menambah hentian tab ke sel jadual. Untuk mendapatkan maklumat tentang menjajarkan teks dalam sel jadual, lihat Tambah jadual dan senarai.
Salin pembaris
Selepas anda setkan inden dan penjajaran teks, anda boleh gunakan seting yang sama ke dokumen lain dengan menyalin pembaris.
Dalam dokumen dengan seting yang anda ingin salin, pilih Format > Teks > Salin Pembaris.
Cipta atau buka dokumen lain yang anda inginkan seting yang sama.
Pilih Format > Teks > Tampal Pembaris.
Nota: Anda tidak boleh laraskan jidar dokumen TextEdit apabila anda mencetaknya. Untuk laraskan jidar dokumen apabila anda mencetaknya, buka ia dalam Pages.