Maklumat keselamatan penting untuk Apple TV
AMARAN: Untuk mengelakkan kecederaan, baca maklumat keselamatan dan arahan pengendalian berikut sebelum menggunakan Apple TV. Kegagalan untuk mematuhi arahan keselamatan ini boleh menyebabkan kebakaran, kejutan elektrik, kecederaan atau kerosakan lain pada Apple TV atau harta lain.
Arahan keselamatan penting
Baca dan ikuti arahan ini untuk menggunakan Apple TV secara selamat.
Baca arahan ini.
Simpan arahan ini.
Patuh semua amaran.
Ikut semua arahan.
Jangan gunakan Apple TV berdekatan air.
Bersihkan dengan kain kering sahaja.
Jangan sekat sebarang bukaan pengudaraan. Pasang mengikut arahan ini.
Jangan pasang berdekatan sebarang sumber haba seperti radiator, jerejak haba, dapur atau peranti lain (termasuk amplifier) yang menghasilkan haba.
Lindungi kord kuasa daripada dipijak atau dipicit, terutamanya di bahagian palam dan tempat kord keluar daripada Apple TV.
Hanya gunakan kelengkapan/aksesori yang dinyatakan oleh Apple.
Tanggalkan palam Apple TV semasa ribut petir atau apabila tidak digunakan untuk tempoh berpanjangan.
Rujuk semua khidmat servis kepada personel servis yang diiktiraf. Servis diperlukan apabila Apple TV telah rosak melalui apa-apa cara, seperti apabila kord kuasa atau palam rosak, cecair tertumpah atau objek telah jatuh ke dalam Apple TV, atau Apple TV telah terdedah kepada hujan atau kelembapan, tidak beroperasi seperti biasa atau telah terjatuh.
Kuasa. Apple TV tidak mempunyai suis hidup/mati. Butang Kuasa pada Siri Remote atau Apple TV Remote (generasi ke-2 atau lebih baharu) memasukkan Apple TV ke mod tidur dan membangunkan Apple TV daripada tidur. Untuk memutuskan sambungan Apple TV daripada sumber kuasa, tanggalkan kord kuasa. Pastikan kord kuasa mudah dicapai pada setiap masa. Apabila menyambungkan atau mencabut Apple TV, sentiasa pegang sisi palam. Jauhkan jari daripada bahagian besi palam.
Lokasi. Jangan gunakan Apple TV di luar bangunan. Apple TV ialah produk dalam bangunan. Jangan letakkan sumber api terbuka, seperti lilin yang menyala pada atau berdekatan Apple TV. Jangan dedahkan Apple TV kepada titisan atau percikan cecair dan jangan letakkan sebarang objek berisi cecair, seperti pasu, pada Apple TV. Jangan alihkan Apple TV jika ia disambungkan ke TV, komputer atau peranti elektronik lain
AMARAN: Untuk mengurangkan risiko kebakaran atau kejutan elektrik, jangan dedahkan Apple TV kepada hujan, cecair, kelembapan, haba berlebihan atau api terbuka.
Bateri dan pengecasan. Jangan cuba gantikan bateri Siri Remote atau Apple TV Remote dengan sendiri—anda boleh merosakkan bateri, yang boleh menyebabkan panas melampau, kebakaran dan kecederaan. Bateri litium-ion dalam Siri Remote atau Apple TV Remote patut diservis atau dikitar semula oleh Apple atau penyedia khidmat sah dan mesti dikitar semula atau dilupuskan secara berasingan daripada sisa isi rumah. Lupuskan bateri mengikut undang-undang alam sekitar dan garis panduan tempatan anda.
Untuk mendapatkan maklumat tentang bateri litium-ion Apple dan servis serta kitar semula bateri, pergi ke apple.com/my/batteries/service-and-recycling. Untuk mendapatkan maklumat tentang pengecasan, lihat “Mengecas Siri Remote atau Apple TV Remote” di bawah.
Pembaikan. Jangan lakukan pembaikan dengan sendiri. Anda boleh menemui maklumat lanjut tentang mendapatkan servis di support.apple.com/en-my/apple-tv/repair/service.
AMARAN: Jangan cuba membuka Apple TV atau meleraikan bahagian-bahagiannya. Anda menghadapi risiko kejutan elektrik dan kerosakan akibat peleraian yang tidak diliputi oleh waranti terhad. Tiada bahagian yang boleh diservis pengguna di dalamnya.
Pengendalian. Apple TV anda mungkin rosak akibat penyimpanan atau pengendalian yang tidak betul. Berhati-hati agar tidak menjatuhkan Apple TV semasa membawanya.
Letupan dan keadaan atmosfera lain. Penggunaan Apple TV dan Siri Remote atau Apple TV Remote di mana-mana kawasan yang mempunyai atmosfera yang berpotensi mudah meletup, seperti kawasan dengan udara yang mengandungi jumlah bahan kimia, wap atau zarah mudah terbakar (seperti bijirin, debu atau serbuk logam) yang tinggi, mungkin berbahaya. Mendedahkan Apple TV dan Siri Remote atau Apple TV Remote kepada persekitaran yang mempunyai paras bahan kimia industri yang tinggi, termasuk gas cecair yang hampir menyejat seperti helium, mungkin merosakkan atau menjejaskan Apple TV dan kefungsian Siri Remote atau Apple TV Remote. Patuhi semua tanda dan arahan.
Keadaan perubatan. Jika anda mempunyai keadaan perubatan yang anda percaya boleh terjejas akibat menggunakan Apple TV (contohnya, sawan, pitam, keletihan mata atau sakit kepala), berbincang dengan doktor anda sebelum menggunakan Apple TV.
Peranti perubatan. Siri Remote atau Apple TV Remote mengandungi radio yang memancarkan medan elektromagnet. Medan elektromagnet ini mungkin mengganggu perentak jantung, defibrilator dan peranti perubatan lain. Kekalkan sekurang-kurangnya 6 inci (lebih kurang 15 cm) jarak pemisahan antara perentak jantung atau defibrilator anda dengan kawalan jauh. Jika anda mengesyaki kawalan jauh mengganggu perentak jantung anda atau sebarang peranti perubatan lain, berhenti menggunakannya dan rujuk doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang khusus dengan peranti perubatan anda.
Pergerakan berulang. Apabila anda melakukan aktiviti berulang seperti bermain permainan pada Apple TV, anda mungkin mengalami ketidakselesaan sekali-sekala dalam tangan, lengan, pergelangan tangan, bahu, leher atau bahagian badan anda yang lain. Jika anda mengalami ketidakselesaan, hentikan aktiviti tersebut dan rujuk doktor.
Mengecas Siri Remote atau Apple TV Remote. Cas Siri Remote generasi ketiga atau Apple TV Remote dengan kabel USB-C. Cas Siri Remote atau Apple TV Remote generasi pertama atau kedua menggunakan kabel Lightning yang disertakan atau menggunakan kabel Lightning “Made for iPhone” pihak ketiga yang lain. Menggunakan kabel atau pengecas tiruan atau yang rosak, atau mengecas apabila wujud kelembapan boleh menyebabkan kebakaran, kejutan elektrik, kecederaan atau kerosakan pada kawalan jauh atau harta benda lain. Apabila anda menggunakan penyesuai kuasa untuk mengecas Siri Remote atau Apple TV Remote, pastikan kabel dimasukkan sepenuhnya ke dalam penyesuai kuasa sebelum anda memasang penyesuai ke salur kuasa.
Kabel Lightning dan penyambung (Siri Remote atau Apple TV Remote Generasi Pertama atau Kedua) Elakkan sentuhan berpanjangan pada kulit dengan penyambung apabila kabel Lightning dipasang ke sumber kuasa kerana ia mungkin menyebabkan ketidakselesaan atau kecederaan. Elakkan situasi apabila kulit anda bersentuhan dengan penyambung Lightning untuk tempoh masa yang lama apabila dipalam. Contohnya, semasa Siri Remote atau Apple TV Remote dicas atau semasa kabel Lightning dipalam ke sumber kuasa, jangan duduk atau tidur padanya atau meletakkannya di bawah selimut, bantal atau badan anda. Beri penjagaan khusus jika anda mempunyai keadaan fizikal yang memberi kesan ke atas kebolehan anda mengesan haba ke atas badan.
Pemudaran warna penyambung Lightning selepas penggunaan biasa ialah normal. Kotoran, serpihan dan pendedahan kepada cecair mungkin menyebabkan penyahwarnaan. Untuk mengeluarkan penyahwarnaan atau jika kabel menjadi panas semasa penggunaan atau tidak mengecas Siri Remote atau Apple TV Remote, tanggalkan kabel Lightning daripada komputer anda atau penyesuai kuasa dan bersihkannya dengan kain bebas lin yang lembut dan kering. Jangan gunakan cecair atau bahan pencuci apabila membersihkan penyambung Lightning.
Permainan. Elakkan pergerakan berlebihan apabila bermain permainan pada Apple TV. Genggam kawalan jauh atau pengawal permainan dengan erat untuk mengelakkan kecederaan atau kerosakan tidak disengajakan.
Untuk pelanggan Australia, lihat Tapak web sumber Keselamatan Dalam Talian.