Import media menggunakan Perkongsian Rumah dalam app Apple TV pada Mac
Menggunakan Perkongsian Rumah, anda boleh mengimport filem dan rancangan TV yang dibeli ke berbilang komputer Mac dalam rumah anda.
Nota: Untuk menggunakan Perkongsian Rumah, anda mesti mempunyai Apple ID.
Import item daripada pustaka lain menggunakan Perkongsian Rumah
Apabila anda mendayakan Perkongsian Rumah pada berbilang komputer, anda boleh mengimport filem dan rancangan TV yang dibeli dan dimuat turun daripada pustaka media satu komputer ke komputer lain. Anda boleh mengimport daripada sehingga lima pustaka.
Pada Mac yang anda mahu import daripada, aktifkan Perkongsian Rumah dan buka app Apple TV .
Pada Mac destinasi import anda, pastikan Perkongsian Rumah diaktifkan, kemudian buka app Apple TV dan klik Pustaka di bahagian atas tetingkap.
Dalam bar sisi, klik anak panah bersebelahan Pustaka, kemudian pilih pustaka dikongsi.
Klik menu timbul Tunjukkan di bahagian bawah tetingkap TV, kemudian pilih “Item yang tiada dalam pustaka saya”.
Pilih item yang anda mahu import, kemudian klik Import.
Import pembelian baharu daripada komputer lain secara automatik
Pada bila-bila masa anda memuat turun item yang anda beli ke komputer dalam rangkaian Perkongsian Rumah anda, anda boleh menjadikan item dimuat turun secara automatik ke komputer lain dalam rangkaian tersebut.
Dalam app Apple TV pada Mac anda, klik Pustaka di bahagian atas tetingkap.
Dalam bar sisi, klik anak panah bersebelahan Pustaka, kemudian pilih pustaka dikongsi.
Klik Seting di bawah tetingkap.
Pilih jenis kandungan yang anda mahu import secara automatik, kemudian klik OK.
Jika komputer dikongsi tidak muncul apabila Perkongsian Rumah diaktifkan, nyahaktifkan Perkongsian Rumah pada kedua-dua komputer, kemudian aktifkannya lagi.