Kawal app Apple TV pada Mac dengan iTunes Remote
Jika anda mempunyai iPhone, iPad, atau iPod touch, anda boleh menggunakan app iTunes Remote untuk mengawal pustaka media anda pada Mac anda. iTunes Remote tersedia sebagai muat turun percuma daripada App Store.
Pasangkan iTunes Remote dengan pustaka media anda
Sebelum anda boleh menggunakan app iTunes Remote, anda perlu memasangkannya dengan pustaka media (atau pustaka) yang anda mahu kawal. Peranti anda dan komputer anda mesti berada pada rangkaian wayarles yang sama dan didaftar masuk dengan Apple ID yang sama.
Pada peranti iOS atau iPadOS anda, buka app Remote.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Jika ini kali pertama anda menggunakan iTunes Remote: Ketik Sambung Secara Manual.
Jika ini bukan kali pertama anda menggunakan iTunes Remote: Ketik Seting, kemudian ketik “Tambah pustaka media”.
Kod 4-digit muncul.
Dalam app Apple TV pada Mac anda, klik butang Remote di bawah Peranti dalam bar sisi, kemudian taip kod 4 digit.
App Apple TV memasangkan pustaka pada komputer anda dengan app iTunes Remote pada peranti anda.
Pasangkan iTunes Remote dengan rangkaian Perkongsian Rumah anda
Jika anda mempunyai Perkongsian Rumah diaktifkan, anda boleh mengesetkan app iTunes Remote untuk memasangkan secara automatik dengan sebarang pustaka media pada rangkaian Perkongsian Rumah anda.
Pada peranti iOS atau iPadOS anda, buka app Remote.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Jika ini kali pertama anda menggunakan iTunes Remote: Ketik Gunakan Perkongsian Rumah.
Jika ini bukan kali pertama anda menggunakan iTunes Remote: Ketik Seting, kemudian ketik untuk mengaktifkan Perkongsian Rumah.
Daftar masuk menggunakan Apple ID dan kata laluan anda.
Ketik pustaka media yang anda mahu kawal.
App Remote juga tersedia pada Apple Watch. Lihat Kawal Apple TV dengan Apple Watch dalam Panduan Pengguna Apple Watch.