Tukar seting Main Balik dalam app Apple TV pada Mac
Dalam app Apple TV pada Mac anda, gunakan seting Main Balik untuk menukar kualiti video.
Untuk menukar seting ini, pilih TV > Seting, kemudian klik Main Balik.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pilihan Penstriman | Pilih pilihan penstriman yang berfungsi terbaik dengan komputer dan penyedia perkhidmatan internet anda.
| ||||||||||
Pilihan Muat Turun | Pilih pilihan muat turun yang berfungsi terbaik dengan ruang storan komputer dan sambungan internet anda.
| ||||||||||
Muat Turun Bahasa Audio | Pilih bahasa audio tambahan untuk dimuat turun. Lihat Setkan bahasa audio untuk item dimuat turun. | ||||||||||
Muat Turun Audio Berbilang Saluran | Muat turun audio berbilang saluran apabila tersedia. | ||||||||||
Bahasa Audio | Pilih Auto bagi video untuk dimainkan dalam bahasa lalai atau bahasa asal secara automatik. Pilih bahasa yang berbeza untuk mendengar audio yang dialih suara dalam bahasa tersebut apabila tersedia. | ||||||||||
Penghantaran HDMI | Pilih Utamakan Penghantaran HDMI untuk memainkan audio Dolby pada speaker luaran. (Untuk menggunakan ciri ini, anda memerlukan penerima audio yang menyokong Dolby Atmos atau format audio Dolby lain yang disambungkan ke Mac dengan Apple silicon menggunakan kabel HDMI.) Jika anda mahu menggunakan speaker terbina dalam komputer Mac anda, nyahaktifkan seting ini. Lihat Perihal Penghantaran HDMI. | ||||||||||
Sari Kata Automatik | Aktifkan Tunjukkan Apabila Disenyapkan untuk mengaktifkan sari kata secara automatik apabila kelantangan disenyapkan atau ditutup sepenuhnya. Tunjukkan apabila Langkau ke Belakang untuk mengaktifkan sari kata buat sementara apabila anda melangkau ke belakang, sehingga 30 saat. | ||||||||||
Gunakan Sejarah Tontonan | Gunakan sejarah tontonan anda untuk mempengaruhi pengesyoran Laman Utama anda dan menjadikan rancangan yang anda tonton pada satu peranti tersedia pada semua peranti anda. |