Langgan Apple TV+, MLS Season Pass atau saluran Apple TV dalam app Apple TV pada Windows
Dalam app Apple TV, anda boleh melanggan Apple TV+, MLS Season Pass dan saluran tertentu.
Langgan Apple TV+
Apple TV+ ialah perkhidmatan penstriman langganan yang menampilkan Apple Originals—siri yang memenangi anugerah, drama yang mendebarkan, dokumentari yang menarik, hiburan kanak-kanak, komedi dan banyak lagi—dengan item baharu ditambah setiap bulan. Di sesetengah negara dan rantau, Friday Night Baseball juga disertakan dengan langganan.
Langgan MLS Season Pass
Langgan saluran Apple TV
Langgan saluran Apple TV seperti Paramount+, Starz dan banyak lagi untuk mendapatkan rancangan yang anda mahukan.
Pergi ke app Apple TV pada peranti Windows anda.
Skrol ke bawah ke Tambah Saluran untuk melihat saluran Apple TV, kemudian navigasi ke kanan dan pilih item.
Pilih butang langganan, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Apabila anda melanggan saluran Apple TV, tajuk Saluran kelihatan dalam bar sisi di atas sebarang saluran yang anda langgan. Mengklik saluran dalam bar sisi membawa anda terus ke halaman utama saluran.
Batalkan langganan
Pergi ke app Apple TV pada peranti Windows anda.
Pilih nama anda di bahagian bawah bar sisi, kemudian pilih Lihat Akaun Saya.
Anda mungkin diminta untuk mendaftar masuk ke Akaun Apple anda.
Dalam tetingkap Seting Akaun, skrol ke bawah ke bahagian Seting.
Pilih Urus bersebelahan Langganan, pilih Edit bersebelahan langganan, kemudian ikuti arahan atas skrin untuk menukar atau membatalkannya.
Apabila anda selesai, pilih Selesai, skrol ke bawah dan pilih Selesai lagi, kemudian skrol ke bawah dalam tetingkap Seting Akaun dan pilih Selesai.
Nota: Apple TV+, Friday Night Baseball, MLS Season Pass dan saluran Apple TV tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.