Gunakan pembaca skrin dengan app Apple TV
Pembaca skrin membolehkan anda mengawal app Apple TV tanpa melihat skrin. Anda gunakan butang pada alat kawalan jauh TV pintar atau peranti untuk bergerak di sekitar skrin dan mendengar pembaca skrin menyebut setiap item yang anda serlahkan.
Apabila anda menyerlahkan item, pembaca skrin menyebut item dan sebarang teks berkaitan. Pembaca skrin juga menyebut kawasan teks pada skrin, seperti perihalan filem.
Aktifkan fungsi pembaca skrin
Aktifkan pembaca skrin terbina dalam pada TV pintar anda. Lihat panduan pengguna TV pintar anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Navigasi app Apple TV menggunakan pembaca skrin
Semasa anda menavigasi menggunakan alat kawalan jauh TV pintar atau peranti, pembaca skrin menyebut setiap menu atau item teks yang anda pilih. Untuk beralih ke item baharu dalam app Apple TV , lakukan mana-mana daripada berikut menggunakan alat kawalan jauh TV pintar atau peranti anda:
Alihkan pilihan anda dalam senarai: Tekan butang atas, bawah, kiri, atau kanan.
Alih ke tab dalam menu atas: Tekan butang kiri atau kanan untuk mendengar nama item menu, kemudian tekan butang tengah untuk memilihnya.
Alih ke item dalam grid: Tekan butang kiri atau kanan untuk mendengar nama item, kemudian tekan butang tengah untuk memilihnya.
Sebut perihalan teks: Tekan butang atas, bawah, kiri, atau kanan untuk menavigasi ke perihalan.
Apabila anda mencapai pinggir kawasan pada skrin, pembaca skrin menyebut, “Tamat”.