Petua, kategori Berjela, Utiliti VoiceOver pada Mac
Gunakan anak tetingkap Pembayang kategori Berjela dalam Utiliti VoiceOver untuk mendapatkan lebih banyak maklumat tentang item dalam penuding VoiceOver.
Untuk membuka Utiliti VoiceOver, tekan Command-F5 untuk aktifkan VoiceOver, kemudian tekan VO-F8.
Buka Utiliti VoiceOver untuk saya
Nota: VO mewakili pengubah suai VoiceOver. Lihat Gunakan pengubah suai VoiceOver.
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Arahan bercakap untuk menggunakan item dalam kursor VoiceOver | Arahkan VoiceOver membaca arahan secara automatik, jika tersedia, untuk item tersebut. |
Apabila item mempunyai tag bantuan | Klik menu timbul, kemudian pilih cara anda mahu mendengar perihalan (dipanggil “tag bantuan” atau “petua alat”) yang dipaparkan apabila penuding berada di atas item: Jangan Buat Apa-apa, Sebutkan Pemberitahuan, atau Sebutkan Bantuan. |
Apabila item mempunyai tindakan tersuai | Klik menu timbul, kemudian pilih cara anda mahu mendengar sebarang tindakan tersuai yang tersedia untuk item dalam kursor VoiceOver: Jangan Buat Apa-apa, Sebutkan Bantuan, atau Mainkan Bunyi. |
Pembayang bercakap selepas tundaan | Seret penggelongsor ke arah Pendek atau Panjang untuk mengesetkan berapa saat VoiceOver menunggu sebelum ia menyebut pembayang untuk item di bawah penuding. |