Dengar VoiceOver meringkaskan halaman web pada Mac
Gunakan VoiceOver untuk mendengar bilangan pengepala, pautan, jadual, tanda tempat, rantau langsung dan banyak lagi pada halaman web.
Nota: VO mewakili pengubah suai VoiceOver yang anda boleh tekan dengan kekunci tambahan untuk memasukkan perintah VoiceOver. Secara lalai, anda boleh menekan Control dan Option serentak atau hanya menekan Caps Lock.
Dengar statistik untuk halaman web: Tekan VO-Shift-I.
Jika anda menggunakan rotor VoiceOver, VoiceOver menuturkan statistik hanya untuk jenis item yang disenaraikan dalam rotor.
Untuk menetapkan pilihan bagi membaca ringkasan secara automatik apabila halaman web dibuka, buka Utiliti VoiceOver (tekan VO-Fn-F8 apabila VoiceOver diaktifkan), klik kategori Web, kemudian klik Umum.
Buka Utiliti VoiceOver untuk saya
Muat turun panduan ini dalam Format Sedia Braille: BRF (Bahasa Inggeris)