Cas Apple Watch
Sediakan pengecas
Dalam kawasan dengan aliran udara baik, letakkan Kabel Pengecas Magnetik Apple Watch, atau Dok Pengecas Magnetik Apple Watch yang disertakan di atas permukaan rata.
Pasangkannya ke penyesuai kuasa.
Pasangkan penyesuai ke saluran kuasa.
Mula mengecas Apple Watch
Letakkan Kabel Pengecas Magnetik Apple Watch pada bahagian belakang Apple Watch anda. Hujung kabel pengecas yang cekung melekat ke belakang Apple Watch anda secara magnetik dan menjajarkannya dengan betul.
Anda akan mendengar bunyi loceng apabila pengecasan bermula (kecuali jika Apple Watch anda dalam mod senyap) dan melihat simbol pengecasan pada muka jam. Simbol berwarna merah apabila Apple Watch memerlukan kuasa dan bertukar hijau apabila Apple Watch sedang mengecas.
Anda boleh cas Apple Watch anda dalam kedudukan membujur dengan tali terbuka, atau dalam keadaan mengiring.
Jika anda menggunakan Dok Pengecas Magnetik Apple Watch: Letakkan Apple Watch anda pada dok.
Jika bateri anda sangat lemah: Anda mungkin melihat imej Kabel Pengecas Magnetik Apple Watch dan simbol bateri lemah pada skrin. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Jika Apple Watch anda tidak boleh cas atau ia tidak boleh diaktifkan.
Apple Watch Series 4 dan Apple Watch Series 5
Apple Watch Series 3 dan lebih awal
AMARAN: Untuk mendapatkan maklumat keselamatan penting tentang bateri dan mengecas Apple Watch, lihat Maklumat keselamatan penting tentang Apple Watch anda.
Semak baki kuasa
Untuk melihat baki kuasa, sentuh dan tahan bahagian bawah skrin, kemudian leret ke atas untuk membuka Pusat Kawalan. Untuk menyemak baki kuasa dengan lebih cepat, tambah komplikasi bateri ke muka jam. Lihat Sesuaikan muka jam.
Jimatkan kuasa apabila bateri lemah
Anda boleh masukkan Apple Watch anda dalam mod Rizab Kuasa untuk melanjutkan baki kuasa bateri. Apple Watch anda masih menunjukkan masa, tetapi anda tidak boleh menggunakan app.
Sentuh dan tahan bahagian bawah skrin, kemudian leret ke atas untuk membuka Pusat Kawalan.
Ketik peratusan bateri, kemudian seret gelangsar Rizab Kuasa ke kanan.
Petua: Jika anda mempunyai peranti dikuasakan bateri seperti AirPods disambungkan pada Apple Watch anda melalui Bluetooth, cas bakinya muncul pada skrin ini.
Apabila cas bateri jatuh ke 10 peratus atau lebih rendah, Apple Watch anda memberi isyarat kepada anda dan memberi anda peluang untuk memasuki mod Rizab Kuasa.
Apabila Apple Watch anda hampir habis kuasa, ia memasuki mod Rizab Kuasa secara automatik.
Petua: Untuk petua mengenai memaksimumkan hayat bateri, lihat Memaksimumkan Hayat Bateri dan Jangka Hayat di tapak web Apple.
Kembali ke mod kuasa normal
Mulakan semula Apple Watch anda—tekan dan tahan butang sisi hingga logo Apple muncul.
Bateri mesti mempunyai sekurang-kurangnya 10 peratus cas untuk Apple Watch anda memulakan semula.
Semak masa sejak cas terakhir
Buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, kemudian pergi ke Umum > Penggunaan.