Panduan Pengguna Apple Watch
- Selamat Datang
- Baharu
-
- Penggera
- App Store
- Oksigen Darah
- Kalkulator
- Kalendar
- Remote Kamera
- ECG
- Ubat
- Memoji
- Pengecaman Muzik
- News
- Kini Dimainkan
- Peringatan
- Remote
- Pintasan
- Siren
- Saham
- Jam Randik
- Pasang Surut
- Pemasa
- Petua
- Terjemah
- Tanda Vital
- Memo Suara
- Walkie-Talkie
- Jam Dunia
-
- VoiceOver
- Sediakan Apple Watch menggunakan VoiceOver.
- Asas Apple Watch dengan VoiceOver
- Pencerminan Apple Watch
- Kawal peranti berdekatan
- AssistiveTouch
- Gunakan paparan braille
- Gunakan papan kekunci Bluetooth
- Zum
- Ketahui masa dengan maklum balas haptik
- Laraskan saiz teks dan seting visual lain
- Laraskan seting kemahiran motor
- Sediakan dan gunakan RTT
- Seting audio kebolehcapaian
- Taip untuk bercakap
- Pilih auto app difokus
- Gunakan ciri kebolehcapaian dengan Siri
- Pintasan Kebolehcapaian
- Hak Cipta
Senyapkan isyarat dan pemberitahuan pada Apple Watch
Apabila anda tidak mahu mendengar isyarat dan pemberitahuan pada Apple Watch, anda boleh mengaktifkan Mod Senyap, Mod Pawagam, Jangan Ganggu atau Fokus. Anda juga boleh menutup paparan untuk menyenyapkan isyarat buat sementara.
Aktifkan Mod Senyap
Gunakan Mod Senyap untuk menyenyapkan semua isyarat, pemberitahuan dan kesan bunyi. Anda masih menerima pemberitahuan haptik.
Nota: Semasa Apple Watch sedang mengecas, penggera dan pemasa masih berbunyi walaupun dalam Mod Senyap.
Tekan butang sisi untuk membuka Pusat Kawalan pada Apple Watch.
Ketik .
Anda juga boleh pergi ke app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, ketik Bunyi & Haptik, kemudian aktifkan Mod Senyap.
Aktifkan Mod Pawagam
Mod Pawagam menghalang paparan Apple Watch aktif apabila anda mengangkat tangan anda, supaya ia kekal gelap. Mod Pawagam juga mengaktifkan Mod Senyap dan menjadikan status Walkie-Talkie anda tidak tersedia, tetapi anda masih menerima pemberitahuan haptik.
Tekan butang sisi untuk membuka Pusat Kawalan pada Apple Watch.
Ketik .
Apabila Mod Pawagam aktif, kelihatan di bahagian atas skrin.
Untuk membangunkan Apple Watch apabila Mod Pawagam aktif, ketik paparan, tekan butang sisi, atau putar atau tekan Digital Crown.
Aktifkan Jangan Ganggu atau Fokus
Untuk mengelakkan pemberitahuan bunyi dan haptik, ikut langkah ini:
Tekan butang sisi untuk membuka Pusat Kawalan pada Apple Watch.
Ketik , kemudian pilih Jangan Ganggu atau Fokus.
Ketik Aktif atau pilih titik tamat—seperti Aktif untuk 1 jam atau Aktif sehingga saya bertolak.
Untuk menyesuaikan seting Fokus anda, lihat Gunakan Fokus pada Apple Watch.
Tutup paparan untuk menyenyapkan isyarat buat sementara
Apabila anda menerima isyarat—seperti panggilan telefon atau pemasa tamat— anda boleh menyenyapkan Apple Watch dengan cepat dengan meletakkan tapak tangan anda pada paparan selama sekurang-kurangnya tiga saat. Anda akan merasa ketikan untuk mengesahkan senyap diaktifkan.
Untuk mengaktifkan Tutup untuk Senyap, pergi ke app Seting pada Apple Watch, kemudian ketik Gerak Isyarat.