Susun dengan koleksi dalam Buku pada Mac
Anda boleh melihat buku, buku audio, PDF dan sampel anda dalam koleksi dalam bar sisi. Anda juga boleh menyusun item dalam pustaka anda dengan menambah item ke koleksi Ingin Baca atau Selesai anda.
Lihat koleksi anda
Pergi ke app Buku pada Mac anda.
Untuk melihat koleksi, klik namanya dalam bar sisi.
Pustaka anda disertakan dengan koleksi ini:
Semua: Menunjukkan semua buku, buku audio, PDF dan sampel dalam pustaka anda dan tajuk daripada koleksi Ingin Baca anda.
Ingin Baca: Menunjukkan buku, buku audio, atau PDF yang anda mahu baca. Anda mesti menambah item ke koleksi ini.
Selesai: Menunjukkan garis masa buku yang anda telah baca dan buku audio yang anda telah dengar. Buku dan buku audio ditambah secara automatik ke koleksi ini apabila anda sampai ke penghujungnya. Anda juga boleh menambah buku ke koleksi ini secara manual—walaupun jika anda membacanya di luar Apple Books.
Buku, Buku Audio, PDF, atau Sampel Saya: Menunjukkan hanya satu jenis item dalam pustaka anda.
Anda juga boleh mencipta koleksi tersuai.
Tambah buku ke koleksi Ingin Baca anda
Pergi ke app Buku pada Mac anda.
Cari buku atau buku audio yang anda mahu baca, kemudian lakukan satu daripada berikut:
Daripada pustaka anda: Klik di bawah item, kemudian pilih Tambah ke Ingin Baca.
Daripada Kedai Buku atau Kedai Buku Audio: Pilih item, klik , kemudian pilih Ingin Baca. Anda juga boleh mengklik daripada halaman produk item.
Tambah buku ke koleksi Selesai anda
Pergi ke app Buku pada Mac anda.
Cari buku atau buku audio yang anda telah selesai baca, kemudian lakukan satu daripada berikut:
Daripada Kedai Buku atau Kedai Buku Audio: Pilih item, klik , kemudian pilih Tanda Sebagai Selesai. Untuk menyahtanda item sebagai selesai, klik , kemudian klik Tanda Masih Membaca.
Daripada koleksi: Apabila anda sampai ke hujung buku atau buku audio, ia ditambahkan ke koleksi Selesai anda. Anda juga boleh mengklik untuk item, kemudian pilih Tanda sebagai Selesai. Untuk mengeluarkan item daripada koleksi Selesai, klik , kemudian pilih Tanda Masih Membaca.
Daripada bahagian Pilihan Popular dalam Laman Utama: Untuk buku dan buku audio yang kelihatan dalam bahagian Pilihan Popular daripada Laman Utama, klik , kemudian pilih Saya Telah Membaca Ini. Dialog bertanya jika anda menyukai buku untuk meningkatkan pengesyoran masa hadapan.
Anda boleh melihat tarikh anda menyelesaikan buku atau buku audio dengan melihat koleksi Selesai. Untuk menukar tarikh, klik untuk item, kemudian pilih Edit Tarikh Selesai.