Rujuk sel dalam formula
Semua jadual mempunyai tab rujukan yang mengenal pasti setiap sel dalam jadual. Tab rujukan berada di bahagian atas setiap lajur, mengandungi huruf lajur (contohnya, "A") dan di sebelah kiri setiap baris, mengandungi nombor baris (contohnya, "3"). Sel, baris atau lajur boleh dirujuk menggunakan nilai dalam tab rujukan.
Anda boleh menggunakan rujukan sel untuk mengenal pasti sel yang nilainya anda mahu gunakan dalam formula. Anda boleh merujuk sel dalam jadual yang sama seperti sel formula atau (dalam Numbers) dalam jadual lain pada helaian yang sama atau lain.
Format untuk rujukan sel
Rujukan sel mempunyai format yang berlainan, bergantung pada faktor seperti sama ada jadual sel mempunyai tajuk, sama ada anda merujuk pada satu sel atau julat sel, dan seterusnya. Berikut ialah ringkasan format yang anda boleh gunakan untuk rujukan
Untuk dirujuk | Gunakan format ini | Contoh |
---|---|---|
Sebarang sel dalam jadual yang mengandungi formula | Huruf tab rujukan diikuti oleh nombor tab rujukan untuk sel | C55 merujuk pada baris ke 55 dalam lajur ketiga. |
Sel dalam jadual yang mempunyai baris pengepala dan lajur pengepala | Nama lajur diikuti oleh nama baris | Hasil 2006 merujuk pada sel yang baris pengepalanya mengandungi 2006 dan lajur pengepala mengandungi Hasil. |
Sel dalam jadual yang mempunyai berbilang baris atau lajur pengepala | Nama pengepala yang lajur atau baris anda mahu rujuk | Jika 2006 ialah pengepala yang merangkumi dua lajur (Hasil dan Perbelanjaan), 2006 merujuk pada semua sel dalam lajur Hasil dan Perbelanjaan. |
Julat sel | Kolon (:) antara sel pertama dan terakhir dalam julat, menggunakan notasi tab rujukan bagi mengenalpasti sel | B2:B5 merujuk pada empat sel dalam lajur kedua. |
Semua sel dalam baris | Nama baris atau row-number:row-number | 1:1 merujuk pada semua sel dalam baris pertama. |
Semua sel dalam lajur | Huruf atau nama lajur | C merujuk pada semua sel dalam lajur ketiga. |
Semua sel dalam julat baris | Kolon (:) antara nombor baris atau nama bagi baris pertama dan terakhir dalam julat | 2:6 merujuk pada semua sel dalam lima baris. |
Semua sel dalam julat lajur | Kolon (:) antara huruf lajur atau nama bagi lajur pertama dan terakhir dalam julat | B:C merujuk pada semua sel dalam lajur kedua dan ketiga. |
Dalam Numbers, sel dalam jadual lain pada helaian yang sama | Jika nama sel adalah unik dalam hamparan, maka hanya nama sel diperlukan; jika tidak, nama jadual diikuti oleh dua kolon (::) dan kemudian pengecam sel | Jadual 2::B5 merujuk pada sel B5 dalam jadual bernama Jadual 2. Jadual 2::Pendaftaran Kelas 2006 merujuk pada sel mengikut nama. |
Dalam Numbers, sel dalam jadual pada helaian lain | Jika nama sel adalah unik dalam hamparan, maka hanya nama sel diperlukan; jika tidak, nama helaian diikuti oleh dua kolon (::), nama jadual, dua lagi kolon, kemudian pengecam sel | Helaian 2::Jadual 2::Pendaftaran Kelas 2006 merujuk pada sel dalam jadual bernama Jadual 2 pada helaian bernama Helaian 2. |
Dalam Numbers, apabila anda merujuk sel dalam pengepala berbilang baris atau berbilang lajur, nama dalam sel pengepala yang paling dekat dengan sel yang merujuk padanya digunakan. Contohnya, jika jadual mempunyai dua baris pengepala dan B1 mengandungi "Anjing" dan B2 mengandungi "Kucing" apabila anda menyimpan formula yang menggunakan "Anjing", "Kucing" disimpan sebaliknya. Walau bagaimanapun, jika "Kucing" muncul dalam sel pengepala lain dalam hamparan, "Anjing" dikekalkan.
Bezakan rujukan sel mutlak dan relatif
Anda boleh menggunakan bentuk rujukan sel absolute dan relative untuk menandakan bahawa sel pada yang mana anda mahukan rujukan dihalakan jika anda menyalin atau mengalihkan formulanya. Anda juga boleh menggunakan gabungan rujukan mutlak dan relatif, seperti untuk mencipta jumlah berjalan (sebagai contoh, =SUM($A$2:A2).
Untuk menentukan kemutlakan rujukan sel (atau sebarang daripada komponennya), ketik atau klik segi tiga pendedahan bagi rujukan sel dan pilih pilihan daripada menu pop timbul.
Jenis rujukan sel | Huraian |
---|---|
Rujukan sel adalah relatif (A1) | Apabila formulanya bergerak, ia kekal sama. Walau bagaimanapun, apabila formula dipotong atau disalin dan kemudian ditampal, rujukan sel berubah agar ia mempunyai kedudukan yang sama secara relatif kepada sel formula. Contohnya, jika formula yang mengandungi A1 muncul dalam C4 dan anda menyalin formula dan menampalnya dalam C5, rujukan sel dalam C5 menjadi A2. |
Komponen baris dan lajur bagi rujukan sel adalah mutlak ($A$1) | Apabila formulanya disalin, rujukan sel tidak berubah. Anda menggunakan tanda dolar ($) untuk menetapkan komponen baris atau lajur sebagai mutlak. Contohnya, jika formula yang mengandungi $A$1 muncul dalam C4 dan anda menyalin formula dan menampalnya dalam C5 atau dalam D5, rujukan sel dalam C5 atau D5 kekal $A$1. |
Komponen baris bagi rujukan sel adalah mutlak (A$1) | Komponen lajur adalah relatif dan boleh berubah untuk mengekalkan kedudukannya secara relatif kepada sel formula. Contohnya, jika formula yang mengandungi A$1 muncul dalam C4 dan anda menyalin formula dan menampalnya dalam D5, rujukan sel dalam D5 menjadi B$1. |
Komponen lajur bagi rujukan sel adalah mutlak ($A1) | Komponen baris adalah relatif dan boleh berubah untuk mengekalkan kedudukannya secara relatif kepada sel formula. Contohnya, jika formula yang mengandungi $A1 muncul dalam C4 dan anda menyalin formula dan menampalnya dalam C5 atau dalam D5, rujukan sel dalam C5 atau D5 menjadi $A2. |