Simpan bunyi tersuai dalam GarageBand untuk iPhone
Anda boleh menyimpan, menamakan semula dan memadamkan bunyi tersuai anda untuk setiap Instrumen Sentuh dan menggunakannya pada trek lain atau pada lagu lain. Perubahan yang disimpan termasuklah seting untuk Instrumen Sentuh, kesan induk, plugin dan EQ.
Kawalan Trek dalam bar kawalan, kemudian ketik nama bunyi di atas kawalan trek.
Pada iPhone SE, ketik butang Seting dalam bar kawalan, ketik Kawalan Trek, kemudian ketik nama bunyi di atas kawalan trek.
Ketik Simpan, taip nama untuk bunyi tersuai anda, ketik Selesai untuk menutup papan kekunci, kemudian ketik Selesai di penjuru kanan atas.
Kali pertama anda menyimpan bunyi tersuai, kategori Tersuai baharu kelihatan dalam bar sisi di bahagian bawah senarai bunyi. Untuk menamakan semula atau memadamkan bunyi, ketik Edit, kemudian ketik ikon (untuk menamakan semula) atau butang Padam (untuk memadam).
Titik di sebelah kiri nama menunjukkan seting diubah suai daripada versi terakhir disimpan. Sesetengah Instrumen Sentuh juga membenarkan anda menyimpan bunyi dalam tetingkap yang sama yang membuka apabila anda memilih bunyi yang berlainan.